Bagi penggemar puding, resipi puding coklat ini wajib anda cuba. Cara penyediannya mudah dan tidak menggunakan banyak bahan.

BAHAN-BAHAN:
200 ml santan
800 ml air
200 gm gula kastor
2 sudu besar serbuk agar-agar
2 sudu besar coklat emulco
3 sudu kecil tepung kastard
Sedikit esen lemon
1/2 sudu kecil serbuk kopi

CARA MENYEDIAKAN:
1.Masukkan serbuk agar-agar ke dalam periuk bersama air dan gula serta masak sehingga mendidih.
2.Masukkan sedikit tepung kastard dan kacau sebati.
3.Tuangkan santan dan kacau lagi.
4.Masukkan coklat masakan, esen lemon dan serbuk kopi. Kacau rata.
5.Akhir sekali tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan sebelum dihidangkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram