Menurut Jabatan Mufti Selangor, secara umum Secara umum, bearing arah kiblat di Malaysia, Brunei dan Singapura berbeza sedikit antara 290 darjah ke 293 darjah dengan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Shah Alam ialah 292 darjah.

Walau bagaimanapun, kesilapan kecil walau satu darjah dalam menentukan arah kiblat bersamaan dengan jarak 122 kilometer dari arah Kaabah. Masyarakat Islam negara ini berpegang kepada mazhab Syafie, mereka hendaklah yakin menghadap ‘ain atau sifat fizikal kaabah di Mekah.

Peristiwa Istiwa’ Adzam di Kaabah yang berlaku 28 Mei ini boleh dijadikan peluang keemasan bagi umat Islam di Malaysia untuk menyemak ketepatan arah kiblat.

Ikuti perkongsian Muhammad Syafiq.

“PELUANG MENYEMAK KETEPATAN ARAH KIBLAT .

Jangan lupa !

28 MEI 2022 ini merupakan hari berlakunya peristiwa Istiwa’ Adzam di Kaabah yang membolehkan kita untuk menyemak ketepatan arah kiblat .

Istiwa’ Adzam di Kaabah merupakan suatu peristiwa apabila Matahari kelihatan berada tegak di atas Kaabah sehingga bayangan Kaabah tidak akan kelihatan ketika itu.

Ketika kedudukan Matahari berada di atas Kaabah, arah bertentangan dengan bayang objek tegak yang terhasil di tempat lain boleh digunakan untuk mencari arah kiblat.

SETAHUN HANYA DUA KALI .

Umum mengetahui, kita tidak akan melihat Matahari berada di lokasi yang sama setiap hari disebabkan kecondongan paksi bumi semasa mengelilingi matahari .

Kita di Bumi akan melihat Matahari kadang kala ‘bergerak’ ke arah utara dan kadang kala kelihatan ‘bergerak’ ke arah selatan .

Begitu juga dengan peristiwa istiwa’ adzam di Kaabah, ia tidak berlaku setiap hari disebabkan kedudukan Matahari yang tidak tetap di tempat yang sama setiap hari apabila dilihat oleh pemerhati di Bumi.

Dalam setahun hanya dua kali Matahari berada tepat tegak di atas Kaabah iaitu pada:-

~ 28 Mei

( * 27 Mei pada tahun lompat )

Waktu : 5.16 PM

..

~ 16 Julai

( * 15 Julai pada tahun lompat )

Waktu :  5.28 PM

Cara – Cara Menyemak Arah Kiblat Dengan Menggunakan Kaedah Istiwa’ Adzam:

1)  Semak waktu yang digunakan.

Pastikan waktu yang tertera pada jam mengikut waktu piawai Malaysia.

Boleh semak waktu piawai di :- http://mst.sirim.my/index.php?small

2) Berada di kawasan lapang.

3) Pastikan cahaya Matahari kelihatan .

4) Cari objek lurus seperti kayu atau sebagainya.

5) Pacakkan objek lurus tersebut di atas permukaan rata.

6) Pastikan bayang objek lurus yang terhasil boleh kelihatan dengan jelas.

7) Tunggu waktu istiwa’ adzam bermula.

😎 Ketika istiwa’ adzam berlaku, buat satu garisan bertentangan dengan bayang yang dihasilkan objek lurus tadi.

9) Garis bertentangan yang dibuat merupakan arah kiblat.

Sumber : Muhammad Syafiq