Seorang jurulatih wushu didakwa melakukan kesalahan amang seksual (cabul) terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia 12 dan 13 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEORANG jurulatih wushu yang ditahan kerana dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap pelajarnya berusia 13 tahun tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen, Putrajaya, hari ini.

Gjeblehim Bong Teck Fuu, 31, membuat pengakuan itu terhadap 10 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja berkenaan.

Pertuduhan tersebut dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Wan Aima Naziha Wan Sulaiman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai hubungan amanah iaitu jurulatih didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan sekitar Februari lalu di sebuah rumah di Taman Kajang Mewah, Kajang, Selangor.

Seorang jurulatih wushu didakwa melakukan kesalahan amang seksual (cabul) terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia 12 dan 13 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel berkaitan: Jurulatih wushu dipercayai cabul kanak-kanak didakwa esok

Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Shazwani Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Michelle Liu dan Vam Shir Mooi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram