elakkan mati mengejut

Ketika ini ramai di kalangan rakyat Malaysia yang melakukan aktiviti bersukan atau riadah pada waktu malam. Malah ada beberapa kes berlaku kematian secara mengejut seperti serangan jantung selepas melakukan aktiviti tersebut seperti bermain badminton atau futsal.

Persoalannya adakah sebarang aktiviti waktu malam yang dilakukan secara berlebihan boleh menyebabkan mati mengejut? Menurut Dr. Mohd Sufian Adenan, Pegawai Perubatan Jabatan Neurologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL), dalam hal ini Baginda s.a.w. sudah menunjukkan bagaimana rutin yang terbaik dalam menjaga diri dan kesihatan. Apatah lagi Allah S.W.T. juga turut berfirman bahawa malam adalah waktu yang paling terbaik untuk beristirahat. 

Berdasarkan kajian, tujuan utama tidur pada waktu malam kerana saat itu degupan jantung kita menjadi rendah dan sangat stabil. Berbeza pada waktu siang yang mana degupan jantung berkadar 80 hingga 90 degupan.

Katalah ketika pagi hari kita berlari atau bersukan dan petang juga sama, kadar degupan akan meningkat lebih tinggi sehingga seratus atau lebih, itu tidak mengapa kerana hormon ketika itu juga masih aktif.

Namun apabila sampai waktu Isyak hormon menurun, secara semula jadi degupan jantung juga turut menurun.

Tatkala masuk tidur, degupan jantung menjadi paling minima bagi memberikan kerehatan pada jantung setelah bekerja dengan keras sepanjang hari. Justeru itu tempoh lima atau enam jam begitu penting untuk jantung.

Akan tetapi jika kita masih merangsang degupan jantung siang dan malam tanpa rehat, sudah pasti jantung akan menghadapi masalah. Analoginya sama dengan enjin kereta.

Jika tidak dijaga dan sering digunakan siang atau malam, tidak mustahil enjin akan rosak. Begitulah jantung, andai tidak diberikan rehat yang cukup, mungkin serangan jantung atau mati mengejut boleh berlaku. Pokok pangkalnya malam perlu digunakan sebaiknya untuk merehatkan tubuh.

Selain daripada riadah, budaya masyarakat kita yang menjadikan makan berat lewat malam sebagai rutin juga memberikan implikasi yang buruk. Seharusnya makan malam sebelum maghrib, itu lebih elok dan itu juga yang Baginda s.a.w. ajarkan.

“Bukankah elok jika rutin makan malam seperti di bulan Ramadan dapat kita implimentasikan dalam kehidupan.”

Dalam Islam juga kita digalakkan makan bersahur pada hujung waktu, dan bukannya ketika tengah malam. Nampakkan, betapa indah dan cantiknya Islam mengatur kehidupan manusia sesuai dengan fitrah manusia sendiri. Ini tidak lain bagi menjaga manusia daripada sebarang keburukan kerana Allah lebih mengetahui ciptaan- Nya.

Dalam perkembangan lain, apabila menyentuh tentang hormon circardian ini juga, kita tidak boleh lari dari membicarakan tentang budaya teknologi yang sedang berkembang ketika ini.

Berkongsi lanjut ujarnya, sekiranya kita perasan apabila kita membuka telefon bimbit, komputer, tablet atau televisyen LCD, sebenar cahaya yang terpancar daripada permukaan skrin mengganggu dan memberi kesan terhadap hormon circadian. Ia seolah-olah biasan dari cahaya matahari.

Justeru apabila kita menggunakan item tersebut pada waktu malam, ia seolah-olah merangsang hormon untuk kembali aktif, sedangkan ketika itu waktu hormon kita bertindak pasif.

Gajet seperti telefon bimbit, komputer dan sebagainya mengganggu dan memberi kesan kepada hormon circadian

Dalam hal ini menyebabkan otak menghantar isyarat agar hormon dirembeskan menyebabkan tubuh tidak dapat menentukan sama ada ketika itu waktu sesuai untuk tidur atau waktu berjaga. Dan kerana itu jugalah yang menyebabkan kita sukar untuk tidur.

Jangan mudaratkan diri

Tegasnya lagi, aktiviti malam sebenarnya boleh dilakukan namun pastikan ia tidak memudaratkan diri atau orang lain. Adapun sebarang aktiviti yang ingin dilakukan ia perlu bergantung juga pada faktor umur dan kesihatan seseorang.

Bagi remaja yang sedang mengalami kecelaruan hormon, mungkin ada baiknya juga mereka beriadah tetapi pastikan ada batasan yang ditetapkan supaya tidak memberi kesan jangka panjang.

Manakala yang semakin berumur, pastikan tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh mendatangkan risiko yang besar pada kesihatan. Walaupun dengan alasan untuk mengeluarkan peluh atau beriadah, carilah masa yang sesuai ketika hormon sedang aktif seperti waktu pagi. Itu lebih memberi kesan pada diri dan kesihatan.

“Bagi saya tidur yang cukup mengikut waktu yang ditetapkan itu sangat penting. Ia dapat membantu tidur berkualiti, menjadikan jantung lebih sihat dan yang penting sekali ikutlah pada sunnah yang Baginda s.a.w. tunjukkan untuk mendapat kehidupan yang positif dan ceria. Tiada kemurungan dan lebih produktif.”

Pun begitu bagi yang ingin juga beraktiviti pada waktu malam, buatlah tetapi pastikan ada kawalan dan bertapis.

Namun sebagaimana yang Baginda s.a.w. tunjukkan rutin hidupnya setiap hari dengan tidur awal waktu dan bangunlah sepertiga malam untuk bertahajud serta apa yang Allah tetapkan agar malam untuk hak tubuh beristirahat maka itulah yang terbaik untuk diikut. Kerana itulah fitrah semula jadi manusia yang ditetapkan Allah. Allah lebih mengetahui ciptaan-Nya.

________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare