Menteri Kesihatan, khairy Jamaluddin GAMBAR: Abd Razak Aid

“KITA bersedia untuk bekerjasama sepenuhnya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap apa saja aspek perolehan di peringkat kementerian,”.

Itu jawapan ringkas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ketika diminta mengulas mengenai dakwaan berlakunya rasuah dalam perolehan Covid-19 di Malaysia.

Khairy menjawab persoalan tersebut menerusi sidang media dalam talian ketika menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia di Geneva, hari ini.

Isu berkaitan rasuah itu dibongkarkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Antirasuah Malaysia ke-3 (MACF) 24 Mei lalu.

Menurut Azam, perkara tersebut turut membabitkan penipuan yang berkaitan dengan peralatan perlindungan perubatan yang dipalsukan seperti pelitup muka, sarung tangan dan lain-lain dari segi kuantiti.

Baca artikel berkaitan: Rasuah dalam perolehan perkhidmatan perubatan antara yang dikesan SPRM

Selain itu, Azam berkata, penipuan itu juga melibatkan kualiti peralatan perubatan yang lebih rendah serta rasuah pegawai penguat kuasa dalam barisan penguatkuasaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tegas Azam, perkara tersebut amat menyedihkan kerana ketika mana negara dilanda pandemik dan dalam keadaan kecemasan, beberapa pembelian dalam sektor itu terpalit dengan rasuah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram