PADA 2 Ogos 1964 telah digemparkan dengan berita kapal perang Amerika Syarikat, USS Maddox yang berlabuh di Teluk Tonkin telah diserang oleh tentera laut Vietnam Utara.

Satu dunia heboh. Warga Amerika terperanjat membaca paparan akhbar hari itu – Amerika diserang! Mereka hairan memikirkan bagaimana negara sekecil Vietnam Utara mampu menyerang kuasa tentera terbesar dunia.

Serangan tersebut berlaku ketika tentera Amerika sedang menjalankan misi De Soto di pesisir pantai Teluk Tonkin. Perairan antarabangsa di Asia Tenggara itu dianggap sebagai wilayah yang berada di bawah pengawasan Amerika Syarikat untuk menghadapi komunis. Mereka menjalankan misi tersebut ketika Vietnam Utara dan Vietnam Selatan sedang berada di ambang peperangan saudara.

Teluk Tonkin.

Serangan tersebut dilaporkan telah mencederakan beberapa orang anggota tentera Amerika. Serta merta sentimen anti-perang rakyat Amerika mula pecah. Mereka marah apabila kedaulatan Amerika diragut begitu sahaja.

Dewan Senat dan Dewan Kongres telah mengadakan sidang tergempar. Dengan sebulat suara elit politik Amerika telah meluluskan Resolusi Teluk Tonkin – Gulf of Tonkin Resolution.

Dengan lulusnya resolusi ini bermakna Amerika dengan sendirinya telah mendapat mandat untuk memerangi Vietnam Utara. Undang-undang seperti Patriot Act yang bertentangan dengan piagam hak asasi warga Amerika telah diluluskan tanpa banyak perbincangan.

Presiden Lyndon B. Johnson tanpa memerintahkan pasukan tentera udara AS untuk melancarkan serangan terhadap pangkalan-pangkalan kapal perang Vietnam Utara.

Presiden Lyndon B. Johnson memerintahkan tenteranta melancarkan serangan.

Operasi itu dilancarkan pada 5 Ogos 1964. Puluhan pesawat penggempur F-8 telah membedil pangkalan kapal yang berpusat di Ouang Khe. Serangan serupa juga turut dilanjutkan di pelabuhan Hon Gai dan 25 buah kapal perang Vietnam Utara dilaporkan telah musnah.

Serangan udara AS terhadap Vietnam Utara yang bertujuan untuk melawan kekuatan komunis itu mendapat sokongan banyak pihak. Lebih banyak tentera AS di hantar ke medan pertempuran.

Dengan kelengkapan senjata canggih dan pasukan ketenteraan yang terdiri lebih daripada sejuta orang, AS dijangka menang mudah di dalam peperangan itu. Namun, jangkaan tersebut ternyata meleset.

Gerila Vietkong yang mewakili pasukan ketenteraan Vietnam Utara tidak mudah menyerah kalah. Mereka menyerang markas-markas tentera AS di Saigon, Bien Hoa serta Hanoi dan menyebabkan beberapa orang tentera AS terkorban. Pada ketika itu, kata-kata sinis dan kecaman mulai timbul sehingga menyebabkan Presiden Johnson menjadi berang.

Untuk menunjukkan operasi militer AS berjaya, Presiden Johnson kemudian memerintahkan pasukan ketenteraannya melancarkan operasi tempur berskala besar di kota Da Nang – Operation Flaming Dart. Tetapi, operasi yang didominasi serangan udara itu tidak mematahkan semangat gerila Vietkong. Malah, mereka turut melancarkan serangan balas sehingga menyebabkan 21 orang tentera AS terkorban.

Operation Flaming Dart itu terus dilanjutkan dan cenderung menjadi serangan udara yang membabi buta. Tetapi ia terus mendapat tentangan hebat gerila Vietkong. Semakin banyak nyawa yang terkorban dan kemusnahan berlaku di merata-rata tempat.

Sehinggalah sampai ke satu tahap, pasukan ketenteraan AS mengakui misi tersebut tidak harus dilanjutkan lagi. Ketika Johnson digantikan dengan Presiden Nixon, pasukan tentera AS akhirnya secara beransur-ansur di bawa pulang dan misi peperangan tersebut berakhir begitu sahaja.

Peperangan Vietnam yang dipacu oleh insiden Teluk Tonkin ternyata telah menelan kos yang amat tinggi. Lebih 60,000 tentera AS terkorban dengan kos peperangan dikatakan mencecah 1 bilion Dollar. Ekonomi AS turut mengalami penyusutan dan kekalahan Amerika dalam peperangan itu ternyata telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyatnya.

Setelah lebih 40 tahun perkara itu berlalu, seorang ahli sejarah Amerika Syarikat, Robert J. Hanyok yang bekerja di bawah Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA) telah melakukan kajian mengenai insiden itu.

Dalam penyelidikannya, beliau cuba untuk mencari jawapan mengapa kerajaan Vietnam Utara telah melancarkan serangan ke atas USS Maddox pada tahun 1964.

Dalam kajian tersebut Robert J. Hanyok telah menyatakan suatu fakta yang mengejutkan banyak pihak. Dia tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan kapal USS Maddox diserang atau dibedil.

Dengan kata lain, serangan itu tidak pernah berlaku dan ia hanya sekadar suatu rekaan semata-mata. Kajian tersebut telah diterbitkan oleh NSA pada tahun 2005 serta turut dipetik akhbar New York Times.

Dalam kesimpulannya, Robert menyatakan ia hanyalah sekadar satu konspirasi Presiden Johnson. Konspirasi itu sengaja direka cipta oleh pihak atasan Amerika Syarikat untuk memecahkan sentimen anti-peperangan rakyat Amerika dan menghalalkan serangan mereka ke atas Vietnam Utara.

______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/