Sedapnya ayam goreng berlada ni. Cara penyediaannya mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam yang telah di goreng
100 gm cili merah – kisar
100 gm bawang merah – kisar
100 gm bawang putih – kisar
100 gm halia – kisar
100 gm bunga kantan
200 gm bawang merah
50 gm belacan
4 batang serai
30 gm asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
150 ml minyak masak

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang telah di kisar.
2.Setelah itu masukkan bunga kantan, serai dan tumis sehingga garing setelah itu masukkan belacan. Kacau rata.
3.Masukkan asam keping kacau sehingga kering.
4.Setelah itu masukkan ayam kacau sehingga sebati dengan sambal.
5.Kemudian masuk bunga kantan dan bawang merah potong dan kacau sehingga sebati. Kemudian bolehlah di hidangkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram