Satu matlamat setiap individu pasti digerakkan oleh motivasi paling kuat untuk terus berjuang. Menurut penasihat kewangan, Dr Mohd Shukur menyatakan faktor ‘love’ merupakan pegangan utama seseorang untuk mencapai apa yang dihajatkan.

Sebuah kisar tular seorang pengamal perubatan yang meletakkan tabung rumah anak-anak sebagai matlamat utama dan mengenepikan kehendak membeli kereta mewah baru-baru ini mendapat reaksi pelbagai.

Jelas Dr Shukur, istilah ‘menabung beli rumah untuk anak-anak’ merupakan motivasi paling kuat buat pasangan itu dalam membahagiakan insan tersayang.

Ikuti perkongsiannya.

“TAK BELI ALPHARD/VELLFIRE SEBAB MENABUNG NAK BELI RUMAH UNTUK ANAK-ANAK.

Posting Dr Azlindarita tu triggered sebab dia mampu beli Vellfire tapi taknak beli, sebab nak menabung beli rumah untuk anak-anak.

Ini menjadikan Pejuang-pejuang Vellfire/ Alphard rasa tidak selesa seolah-olah mereka silap atau salah.

Dr Azlinda ni kelihatannya jelas memiliki minda millionaire yang kuat.

Dia meletakkan peratusan kecil untuk Needs & Wants, dan peratusan besar kepada Invest, di sini dia memilih sektor hartanah.

Dia menggunakan istilah “menabung beli rumah untuk anak-anak” itu untuk dijadikan motivasi yang paling kuat kepada dia dan suami.

Berzaman sudah dan fitrah manusia, faktor “LOVE” adalah motivasi paling kuat untuk menggerakkan manusia supaya bangkit berjuang atau bertahan.

Ada yang mengatakan, tak yahlah beli rumah untuk anak-anak, biarlah dorang beli sendiri.

Tapi sebahagian orang pula BIG WHY nya ialah untuk membahagiakan dan mempermudahkan kehidupan orang-orang tersayang.

Sama macam anda belikan rantai emas idaman isteri anda. Dia gembira, seronok sangat ….anda pun tahu. Tapi point nya di sini, anda rasa lebih gembira hasil anda bekerja/ berniaga menjadikan isteri anda juga gembira.

Ianya menjadikan anda lebih bersemangat untuk terus bekerja / berniaga lebih kuat lagi.

Ianya menjadikan anda lebih bermotivasi dan mahu terus mencapai pertumbuhan (kejayaan) setiap bulan.

Apa pun halangan atau kesukaran akan anda tempuh dan rempuh kerana ianya menjadikan anda & isteri gembira dan bahagia.

Saya sangat rapat dengan seorang kawan baik saya yang seronok berniaga setiap hari sebab matlamatnya :

1) Nak belikan kereta untuk anak-anaknya.

2) Nak sediakan 10% Deposit rumah untuk anak2nya.

3) Selain rumah kediaman, dia nak beli rumah-rumah untuk dijadikan Homestay untuk anak2nya sorang sebuah. Supaya anak2nya ada extra income.

4) Dia nak bimbing anak2nya dan bantu supaya setiap anak ada 1 bisnes atau 1 syarikat.

Ada lagi yang dia bincangkan dan tanya pendapat saya.

Saya dapati faktor2 ini jadikan dia bersemangat / bermotivasi untuk berjaya.

Inilah faktor LOVE ❤️ untuk mencapai kejayaan.

Dia mempunyai minda millionaire.

Janganlah kerana kita tak dapat semua ini, maka kita katakan jangan manjakan anak-anak.

Jangan kerana kita tak dapat semua ini, maka kita kata cara itu salah sebab kita tak dapat.

Betul, sebab anda tak dapat semua inilah maka anda berjaya sekarang. Sebab anda pernah susah.

Tapi yang pernah susah tapi tak berjaya pun ramai.

Yang macam anda dah berjaya sekarang tak ramai.

Yang pernah susah dan dari keluarga susah tapi tetap malas berusaha, tak bersemangat dan tak berjuang pun ramai juga.

Contohnya, sekarang dah 23hb…..

Check ejen2 anda ( jika bisnes takaful contohnya) yang asalnya dari keluarga susah….

Adakah dia dah submit 10 kes bulan ni ?

Entah-entahkan masih 0 kes.

So, masih percaya…yang kesusahan akan jadikan orang berjuang sampai berjaya ?

Kesusahan itu pun murah nilainya untuk menjadikan sebahagian orang mencipta kejayaan.

Yang mahal nilainya ialah kesedaran untuk bangkit berjuang dan dia terus buat (melakukannya) sampai berjaya 🔥

Credit Photo : FinancingSecrets.”

Sumber : Mohd Shukur