Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan oleh Universiti Nihon, Jepun.

STATUS Nihon University yang menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perubatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu dipertikai.

Menurut Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), hal itu kerana institusi tersebut merupakan universiti terkemuka di Jepun.

Jelas MQA, ijazah kehormat mempunyai nilai tersendiri yang dianugerahkan oleh universiti termasuk universiti terkemuka di dunia seperti di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Australia dan negara maju lain.

“Dari segi amalan, ia merupakan penganugerahan berprestij kepada seseorang tokoh terpilih atas sumbangan besar dalam bidang tertentu.

“Misalnya ahli akademik, pakar industri, aktivitis masyarakat serta pemimpin negara termasuk dari Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Ismail Sabri dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perubatan oleh Universiti Nihon, Jepun

Terdahulu, Perdana Menteri menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan daripada Nihon University sebagai mengiktiraf usaha dan sumbangannya dalam memerangi pandemik Covid-19, baru-baru ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram