Kajian Kemiskinan dan Stigma Kotex mendapati bahawa lebih daripada 1 dalam setiap 2 pelajar perempuan tidak ingin menghadiri sekolah apabila didatangi haid. Ini menunjukkan bahawa pada zaman dan masa kini, haid masih menjadi penghalang dalam cara seseorang gadis melihat diri mereka. Begitu juga dengan keinginan mereka untuk ke sekolah dan melakukan aktiviti harian.

Kajian yang dikendalikan dalam kalangan hampir 750 wanita berusia antara 10 hingga 24 tahun di seluruh negara merupakan sebahagian daripada matlamat  Kotex® untuk memahami keadaan kemiskinan dan stigma haid di Malaysia secara lebig mendalam. Ini akan membolehkan syarikat jenama lampin wanita tersebut untuk mengambil langkah proaktif dalam usaha mereka untuk meningkatkan taraf hidup masyrakat Malaysia dan memastikan bahawa haid tidak menjadi penghalang kepada pengembangan wanita Malaysia. Hasil kajian ini dikeluarkan melalui satu majlis perbincangan yang dianjurkan oleh Kotex selaras dengan Hari Kesihatan Haid (Menstrual Hygiene Day) yang turut dihadiri oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Organisasi Bantuan Wanita (WAO).

Walaupun lebih daripada 86 peratus responden mengakui bahawa haid mereka merupakan fungsi badan yang normal, namun hanya 32 peratus menyatakan bahawa mereka selesa berbincang tentang haid secara terbuka termasuklah dengan mereka yang berlainan jantina. Martina Jezdikova, Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia menyatakan bahawa hal ini tidak sepatutnya berlaku.

“Hasil kajian ini menunjukkan bahawa haid belum lagi menjadi suata fenomena yang dikira normal. Sekurang-kurangnya, kita harus mewujudkan persekitaran yang selamat untuk membolehkan wanita berbincang tentang cabaran yang dihadapi mengenai haid atau tidak berasa malu untuk meminta tuala wanita jika mereka memerlukannya. Jika tidak, para wanita berisiko berasa kurang berani meminta bantuan dan sokongan yang diperlukan. Ini adalah masalah yang serius kerana haid bukannya sekadar pendarahan setiap bulan tapi ia adalah salah satu cara badan memberitahu kita tentang sistem reproduktif.”

Kajian tersebut turut mendapati bahawa 54 peratus wanita berasa tidak selesa dengan diri apabila mereka sedang mengalami haid. Tambahan pula, sekitar 30 peratus tidak menyukai haid walaupun mereka terima haid sebagai satu proses semulajadi.

Kajian lanjut mendapati bahawa tiada perbezaan ketara dalam kaji diri, pandangan dan pengalaman bagi wanita daripada pelbagai kumpulan umur, sama ada mereka murid sekolah rendah, sekolah menengah atau pelajar institut pengajian tinggi. Hal ini menunjukkan walaupun mereka merupakan perempuan berpendidikan dan telah mengalami pelbagai tahap kehidupan, pemikiran dan penerimaan mereka terhadap haid tidak berubah. Para wanita terus menghadapi cabaran dengan diri dan tubuh badan mereka terutamanya ketika haid, meskipun cabaran mereka terhadap haid adalah berlainan.

Dr Wan Hilya Munira Binti Mustapha, Bahagian Reproduktif Manusia dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berkata bahawa kajian ini mengesahkan keperluan campur tangan di peringkat kebangsaan untuk mengatasi isu kemiskinan haid and stigma.

“LPPKN, di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, telah membentuk kerjasama antara kerajaan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan pendidikan kesihatan reproduktif di sekolah-sekolah menengah. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa jika wanita memahami hubung kait antara haid dan kesihatan reproduktif, mereka akan lebih menerima tubuh badan mereka. Guru-guru juga memainkan peranan yang penting sebagai tokoh yang dihormati untuk memulakan perbincangan tentang haid dengan lebih terbuka demi menormalisasikan haid dalam kalangan remaja. Ini juga dapat membuka mata mereka dan memahami bahawa haid bukannya sesuatu yang memalukan.”

Dr Hilya menambah lagi bahawa LPPKN mengalu-alukan usaha semua agensi, sektor swasta dan NGO termasuklah kajian Kemiskinan dan Stigma Haid Kotex serta kempen pemasaran berleluasa tentang haid bagi membuka mata orang ramai tentang haid.

“Tanpa inisiatif untuk menggembleng isu ini, ramai gadis dan wanita berkemungkinan untuk tidak berjumpa doktor jika mereka mengalami sebarang masalah dengan rahim mereka atau sekiranya mereka mengalami pendarahan teruk. Tambahan lagi, kita tidak mahu para gadis tidak ke sekolah kerana ini akan mengakibatkan masalah sosioekonomi yang lebih serius pada masa hadapan.”

Kotex juga telah bekerjasama dengan LPPKN dan WAO untuk menyampaikan pendidikan kebersihan dan pengurusan haid kepada para gadis yang bersekolah melalui webinar serta melalui permainan pendidikan haid digital, Projek She Can.

Pendidikan kebersihan dan pengurusan haid merupakan salah satu daripada faktor utama dalam menghapuskan Kemiskinan Haid. Hasil daripada kajian Kemiskinan dan Stigma Haid Kotex mendapati bahawa hanya 26 peratus daripada keseluruhan responden pernah mendengar istilah ‘Kemiskinan Haid’ dan hanya 76 daripada 746 responden benar-benar memahaminya. Istilah Kemiskinan Haid merujuk pada kekurangan akses kepada produk kebersihan wanita dan kekurangan pendidikan tentang pengurusan haid dan pengurusan sisa haid.

Dalam topik Kemiskinan Haid, Gaayathrey Balakrishnan, Pegawai Pembinaan Kapasiti Organisasi Bantuan Wanita (WAO) menyatakan, “Apabila mereka yang didatangi haid tidak boleh mendapatkan produk sanitari yang bersih dan selamat serta tidak dapat menguruskan haid mereka dengan bermaruah, ia membahayakan kesihatan mereka.

“Keadaan ini boleh menyebabkan risiko kesihatan yang teruk dan jangkitan sistem reproduktif. Situasi ini, yang juga dikenali sebagai kemiskinan haid, turut menyebabkan masyarakat wanita muda tidak dapat mencapai potensi penuh apabila pendidikan mereka disekat. Ramai gadis muda tidak hadir ke sekolah apabila didatangi haid. Hal ini adakalanya mengakibatkan mereka berhenti sekolah sepenuhnya kerana tidak mendapat tuala wanita yang mencukupi.”

Tambah Gaayathrey lagi, “Kami memuji LPPKN kerana melaksanakan pendidikan kesihatan reproduktif di sekolah-sekolah dan menggesa supaya Kementerian Pendidikan merangkumkan pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif dalam kurikulum sekolah Malaysia. Dengan usaha sama Kerajaan, NGO dan jenama seperti Kotex, kita akan menormalisasikan haid, menghapuskan pengekalan rasa malu dan stigma serta mendidik anak gadis kita bahawa mereka tidak perlu berasa malu perihal proses biologi tubuh badan mereka. Pendek kata, kami dapat secara sama-sama memulangkan maruah kepada tubuh wanita.”

5 peratus daripada responden melaporkan bahawa mereka tidak mampu membeli tuala wanita. Apabila ditanya bagaimana mereka menguruskan haid, mereka mengatakan bahawa mereka menggunakan kain batik, kain lama atau surat khabar. Beberapa mereka turut menyatakan bahawa mereka tidak ke sekolah antara satu hingga tiga hari dalam sebulan apabila didatangi haid.

Dr. Hilya menyatakan bahawa penggunaan bahan yang tidak bersih untuk menguruskan haid boleh menyebabkan risiko jangkitan dan keradangan serta kebocoran jika tidak dicuci dengan sempurna.

“Hasil daripada kajian kami memperkukuh keperluan mendidik masyarakat tentang kebersihan haid dan memperkasa para gadis untuk lebih memahami kesihatan haid. Jika tiada langkah di ambil, kemiskinan haid akan menghalang pendidikan anak gadis Malaysia, menjejaskan keyakinan diri mereka dan menggugat kesihatan serta kesejahteraan mereka. Kami memulakan kerja pemerkasaan di Malaysia 20 tahun lalu dan telah berjaya membantu hampir 1 juta gadis melalui pendidikan kebersihan dan pengurusan haid.

Kenyataan bahawa lebih 86 peratus responden sedar bahawa haid merupakan fungsi badan yang normal merupakan satu kejayaan besar bagi kami. Namun begitu, kita perlu melipatgandakan usaha jika mahu menghapuskan kemiskinan dan stigma haid sepenuhnya di Malaysia. Kami amat berterima kasih kepada LPPKN dan WAO untuk kerjasama mereka dan berharap untuk buat lebih pada masa hadapan dalam aspek pendidikan serta untuk meluaskan bekalan tuala wanita kepada wanita di Malaysia”, jelas Martina.

Log masuk ke https://www.kotex.com.my/ untuk maklumat lanjut tentang pengurusan haid atau mencuba permainan pendidikan kebersihan haid dengan melawat Projek #SheCan di https://www.kotexshecanproject.com/. Kandungan pendidikan boleh didapati dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia. Ikuti Facebook dan Instagram Kotex® untuk ketahui lebih lagi.