Salah seorang kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Majlis Pelancaran Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) 5 Hingga 12 Tahun di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid

SERAMAI 1,142,104 atau 32.2 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 1,693,589 atau 47.7 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi kumpulan remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,911,511 atau 93.6 peratus telah lengkap vaksinasi, manakala 3,008,137 atau 96.7 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Baca artikel berkaitan: Lebih sejuta kanak-kanak lengkap divaksin

Sementara itu, 16,090,222 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,973,842 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,250,188 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 13,331 dos harian diberikan semalam meliputi 3,050 suntikan penggalak, 4,172 dos kedua dan 6,109 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,855,556.

Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan tiga kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan dua kes di Johor dan satu kes di Perak.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram