Pendakwah bebas yang juga Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai Hung. GAMBAR: Abd Razak Aid

PENDAKWAH bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerima baik tawaran pampasan daripada aktivis sosial, T. Arunakirinathan selepas keputusan mahkamah menyebelahinya dalam kes saman fitnah, Isnin lalu.

Menurut Firdaus Wong, keputusan itu diambil kerana tujuan saman fitnah itu dibuat bukan kerana untuk memperoleh wang pampasan yang banyak.

Sebaliknya, beliau yang juga Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM) berkata, saman fitnah itu dilakukan untuk menepis fitnah dan menegakkan kebenaran.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana pada 23 Mei 2022, saman fitnah saya ke atas Arunakirinathan telah selesai.

“Atas dasar ihsan memandangkan beliau juga telah kalah saman fitnah kepada Dr Maza (Mohd Asri Zainul Abidin) sebanyak RM100,000 dan atas nasihat peguam, saya menerima baik tawaran pampasan RM8,000 sebagai kos kerana tujuan saman bukan kerana duit tetapi untuk menepis fitnah serta menegakkan kebenaran.

Baca artikel berkaitan: Mahkamah tolak permohonan injunksi Atomy, Firdaus Wong kata, Atomian, I’m back

“Syukur Alhamdulilah di atas doa sahabat sahabat semua, yang suka memfitnah-fitnah, InsyaAllah kita akan datang kepada kamu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam penghakiman persetujuan, Arunakirinathan, 38 telah diperintahkan memohon maaf dan membayar pampasan kepada Firdaus Wong.

Aktivis sosial itu diperintahkan mahkamah untuk menarik balik fitnah serta memohon maaf menerusi tulisan dan video di akaun media sosial, Facebook.

Penghakiman menerusi sidang video di hadapan Hakim Ahmad Bache’ turut memerintahkan Arunakirinathan selaku defendan membayar kos sebanyak RM8,000 kepada Firdaus Wong selaku plaintif.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram