PELAKON Anzalna Nasir mendedahkan wajah dan berkongsi nama anak keduanya yang baharu seminggu dilahirkan.

“Sebagaimana Sunnah Nabi SAW, setelah cukuo tujuh hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler’.

“Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar serta berjaya dunia dan akhirat. Amin,” tulisnya di hantaran Instagram.

Dalam entri yang sama, Anzalna turut berkongsi foto dirinya bersama suami dan anak-anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Berkat Jumaat penghulu segala hari, Anzalna Nasir selamat bersalin anak kedua

Anzalna selamat bersalin cahaya mata keduanya pada 20 Mei lalu di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hanif Zaki pada 2016. Hasil perkahwinan itu mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamad Eidrees yang kini berusia 2 tahun.