Tangkap layar rakaman seorang lelaki disyaki pengedar dadah yang sempat meloloskan diri daripada polis dalam satu tangkapan, semalam.

POLIS mengesahkan seorang lelaki yang berjaya melarikan diri ketika cuba ditangkap polis di persimpangan lampu isyarat Taman Maluri di Cheras, dipercayai pengedar dadah.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi semalam ketika sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik melaksanakan tangkapan terhadap suspek.

Katanya, suspek yang terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah yang menaiki motosikal Yamaha 135 LC itu turut menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Anggota polis cuba untuk merampas anak kunci motosikal milik suspek, namun gagal kerana tiada anak kunci,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: ‘Dia memang anak yang baik’, dedah ibu pemuda bantu warga emas berkaki ayam

Sehubungan itu katanya, pihak polis sedang giat mengesan suspek dan mengingatkan orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat yang tidak tepat sehingga menimbulkan kegusaran kepada orang lain.

Pihak polis turut mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang dengan menghubungi IPD Cheras ditalian 03-92845051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 999.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram