PENYANYI Faizal Tahir mendedahkan bahawa Yasin Sulaiman merupakan individu oenintg yang berjaya mengubah dirinya untuk menjadi lebih baik seperti hari ini.

Ujar Faizal yang juga seorang komposer dan penerbit lagu itu, Yasin juga antra yang menjadi penyuntik semangat untuk mendekati al-Quran dan apa sahja berkaitan kehidupan.

“Sepanjang kami bersahabat, banyak yang saya belajar daripada dia. Antaranya saya belajar tentang al-Quran, tadabbur dan hal yang berkaitan kehidupan.

“Dia seorang manusia yang banyak mengubah diri ini ke arah kebaikan. Saya masih ingat lagi ketika kami tinggal di kawasan rumah yang sama, kami sering meluangkan waktu bersama.

“Tetapi sejak dia buat keputusan untuk berpindah, kami sudah jarang berjumpa. Sehinggalah beberapa hari sebelum dia ditahan, sejujurnya memang saya ada niat nak bertemu dengan dia tapi tak sempat.

“Kemudian dapat pula berita mengenai kes melibatkan dirinya,” katanya.

Faizal akui terkesan dan sedih apabila melihat situasi yang terpaksa dilalui Yasin selepas penangkapannya.

Menyifatkan hukuman yang dikenakan agak berat dan tidak masuk akal, namun Faizal memahami jika ketika ini Yasin sangat memerlukan sokongan rakan-rakan dan orang sekelilingnya.

“Bagi saya, hukuman yang diterima tidak masuk akal. Jika kita nak buat apa-apa biarlah kita lihat latar belakang seseorang itu.

“Kenapa dia buat perkara berkenaan dan apakah perkara lain yang dia lakukan memberi impak kepada orang lain.

“Saya percaya bukan saya seorang sahaja yang jadi baik disebabkan dia tetapi orang lain juga sama,” jelasnya.

Tambah Faizal lagi, Yasin seorang yang memiliki hati yang tulus dan tidak gemar berprasangka buruk terhadap orang lain.

“Bila dah jadi begini, memang saya sedihlah. Lilahitaala, dia merupakan manusia yang paling baik yang pernah saya jumpa.

“Dia memiliki hati yang bersih, tak pernah buruk sangka selain suka tolong orang. Kalau orang jumpa dia buat pertama kali, mesti akan puji betapa baiknya dia.

“Melihatkan diri saya pada hari ini yang mungkin orang tengok dah lain, Yasin lah nama yang akan saya naikkan. Dia antara top 3, individu yang mengubah hidup saya jadi lebih baik.

“Saya cuba berhubung tapi tak dapat sebab telefonnya tiada bersama dengannya. Saya juga cuba menghubungi peguam yang mewakilinya tetapi tidak berjaya, mungkin sibuk.

“Saya rasa, waktu begini memang dia memerlukan sokongan rakan-rakan dan orang sekeliling,” ujarnya.

Pada 31 Mac lalu, Yasin mengaku tidak bersalah memiliki 17 pokok ganja yang diperoleh secara terus atau tidak langsung.

Yasin,47, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara pada 24 Mac lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum diibawah Seksyen 6B (3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.