Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menyatakan komitmen kerajaan untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. Gambar: BERNAMA

SEBELUM ini, bila saya tulis mengenai kehipokritan pemimpin DAP dalam isu perjuangan negara sekular mereka, saya dibuat laporan polis dan disaman walaupun apa yang saya sebut adalah satu fakta.

Kini dalam isu pemartabatan Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang yang diperjuangkan oleh Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 22-24 Mei pun sama halnya. 

Dalam simposium tersebut, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah telah menegaskan komitmen kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam.

Baca artikel berkaitan: Persefahaman Malaysia-Indonesia bolehkan Bahasa Melayu diangkat sebagai Bahasa ASEAN – Rais Yatim

Malangnya, walaupun sebahagian besar rakyat Malaysia memuji dan menyokong langkah ini, wujud pula suara-suara pinggiran yang cuba mempersoalkannya.

Antara mereka ialah bekas menteri dan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, yang menyifatkan langkah menguatkuasakan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam ini sebagai satu langkah ‘gila’ (crazy).

Dua pemimpin yang cepat-cepat menyetujui dan menyokong kenyataan Tan Sri Rafidah Aziz ini ialah dua Ahli Parlimen dari DAP, iaitu Nga Kor Ming dan Teresa Kok.

Tidakkah Nga Kor Ming dan Teresa Kok sedar bahawa tindakan ini bercanggah dengan salah satu matlamat penubuhan DAP, iaitu “mempertahankan dan menjunjung kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan”?

Sedar atau tidak sedar sekalipun, tidakkah tindakan Nga Kor Ming dan Teresa Kok ini menyerlahkan satu lagi kehipokritan pemimpin DAP dalam perjuangan mereka?

Dr Kamarul Zaman Yusoff,

Pengarah Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram