PENYANYI dan pelakon Rafidah Ibrahim yang sedang mengandung tiga bulan memberitahu dia disahkan positif Covid-19.

Rafidah atau lebih mesra dengan panggilan Fida itu memberitahu di laman sosial Instagramnya bahawa dia telah menghubungi pihak hospital unit wanita dan kanak-kanak setelah mengalami sedikit pendarahan dalam masa yang sama dia juga telah disahkan terkena jangkitan Covid-19.

Menurutnya lagi, jangkitan itu diperoleh daripada suaminya yang baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah dan dia turut berasa lega kerana tiada kecederaan yang dialami oleh dirinya dan bayi.

“Saya juga positif Covid-19 kerana suami saya baru pulang daripada melakukan Umrah dan didapati positif.

“Alhamdulillah pihak hospital menerima kehadiran saya untuk melakukan pemeriksaan. Jantung dan darah saya dalam keadaan normal tidak kritikal.

“Paling saya risaukan adalah keadaan bayi. Alhamdulillah denyut nadi bayi masih ada dan itu merupakan satu berita gembira buat saya berbanding kandungan yang lepas (tiada denyutan),” ujarnya Fida menerusi perkongsian di Instagram.

Fida turut memberitahu doktor yang merawatnya berpesan dengan rekod kegugurannya yang lepas peluang untuknya menimang cahaya mata adalah 50-50..

“Semuanya sudah baik, Cuma kerana rekod keguguran saya yang lepas, doctor memberitahu bahawa peluang ini adalah 50-50 bergantung kepada keadaan bayi.

“Jika pendarahan semakin banyak, doktor meminta untuk saya segera ke hospital,” tulisnya lagi.

Harapan untuk menimang cahaya mata sulungnya pada tahun lepas lebur apabila dia disahkan mengalami keguguran pada november tahun lalu.

Untuk rekod, Fida,36 telah melangsungkan perkahwinannya pada 5 Mei tahun lalu dengan bekas pengurusnya Shahzemir Shahzulkarib, 38.