PELAKON dan usahawan terkenal Aeril Zafrel membuat permohonan maaf selepas netizen mendakwa dia sengaja mencetuskan provokasi dengan membuat parodi kematian artis terkenal Thailand, mendiang Tangmo di aplikasi TikTok.

Malah, video berkenaan turut tular di Twitter dan rata-rata pengguna laman sosial turut bersetuju jika video tersebut tidak patut dilakukan.

Ciapan seorang pengguna Twitter yang menyifatkan Aeril tidak sensitif dengan situasi mendian Tangmo

“Tak patut buat kematian mendiang Tangmo tu jadikan sebagai video parodi bila naik atas bot. Siap pura-pura tolak lagi. Hormat (respect) lah orang lain. Walaupun dia bukan orang Malaysia. Dia tetap manusia yang di aniaya,” kata salah seorang pengguna Twitter.

“Bila dah terlalu seronok buat TikTok, lama-lama jadi ‘try hard’ tanpa sedar abang, saya cakap je,” tulis netizen di Twitter.

“Aeril Zafrel and Hijabistahub are cancelled,” ciap salah seorang pengguna Twitter.

Menyedari video terbabit mendapat respon negatif, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 33, bertindak memadam video berkenaan dan memohon maaf atas keterlanjuran perbuatannya itu.

Menyedari video terbabit menimbulkan kontroversi, Aeril Zafrel tampil mohon maaf

“Okay saya minta maaf. Dah padam (delete),” tulis pelakon itu pada ciapan yang mengecam dirinya.

Dalam pada itu, Aeril turut menghantar messej peribadi kepada seorang netizen dan memberitahu bahawa dia sudah memadam video berkenaan.

Mesej peribadi Aeril yang dihantar kepada pengguna Twitter

Semalam, Aeril memuat naik video di TikTok bersama isterinya Wawa Zainal, 31, yang sedang bercuti bersama 30 ejen produk Wawa Kosmetik di ke Bangkok, Thailand

Untuk rekod, TikTok Aeril kini sudah meraih 1.9 juta pengikut dan mencatatkan 20 juta tanda suka.