SEORANG lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 14, Blok 17, Setapak Indah Jaya, Setapak awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian tersebu pada pukul 6.21 pagi.

Beliau berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mendapati mayat ditemui dalam keadaan terbaring serta berpakaian lengkap.

“Mangsa disyaki telah terjun dari Tingkat 14 bangunan tersebut dan mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Polis buru penunggang motosikal samseng di Jalan Temiang-Pantai

Tambahnya, kes kini di klasifikasikan sebagai mati mengejut dan masih dalam siasatan polis.

Sehubungan dengan itu, saksi kejadian boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Kuala Lumpur 03-21159999.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram