POLIS kini memburu pemandu kereta BMW yang memotong di garisan bekembar sehingga menyebabkan kemalangan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kejadian berlaku di Jalan Batu Arang-Rawang.

Zainal Mohamed berkata, pihaknya mengesan klip video itu tular di laman sosial kira-kira pukul 4 petang.

“Pihak polis kini mengesan pemandu kenderaan serta pemilik kamera papan pemuka bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam video tular itu, tindakan pemandu BMW telah menyebabkan kemalangan antara sebuah motosikal dan kereta.

Baca artikel berkaitan: Bom Perang Dunia Kedua ditemui dekat Kepong

Pemandu kereta terpaksa membrek apabila BMW itu gagal memotong di garisan berkembar ketika jalan sesak.

Katanya, kes kini di siasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, saksi kejadian dan pengguna jalanraya yang terlibat dalam kemalangan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram