
PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di rumahnya di Kampung Pulau, Masjid Tanah.
Ismail Sabri, yang tiba kira-kira 8.45 malam disambut AB Rauf bersama kepimpinan kerajaan negeri termasuklah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Baca artikel berkaitan: PM jamin kerajaan telus dalam penyaluran maklumat
Hadir sama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abdul Rahman.
Turut hadir barisan Exco kerajaan negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan ribuan penduduk sekitar.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram