Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka yang memaparkan aksi seorang lelaki bertindak samseng dalam satu kejadian di Seremban.

POLIS kini mengesan seorang lelaki yang cuba bertindak membaling objek ke arah sebuah kenderaan yang melalui Jalan Temiang-Pantai dekat Seremban, pada Ahad.

Kejadian tersebut tular di media sosial dipercayai berlaku selepas pemandu kenderaan bertindak membunyikan hon kepada sekumpulan penunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kumpulan penunggang motosikal terbabit dipercayai telah berhenti dan meletakkan motosikal mereka di lorong kecemasan.

Baca artikel berkaitan: Pemuda curi duit ibu sendiri ditahan polis

“Rakaman dari kamera papan pemuka tersebut turut memaparkan seorang individu seakan-akan cuba untuk membaling objek ke arah kenderaan perakam,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Sehubungan itu, satu kertas siasatan akan dijalankan bagi mengesan suspek yang terlibat.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 268(1) Kanun Keseksaan ,” ujarnya.

Beliau berkata, saksi kejadian di minta menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Fadzilah di talian 016-2895801.

Tambahnya, polis sentiasa melakukan pemantauan dan penguatkuasaan di lokasi-lokasi tumpuan dan mengingatkan kepada semua pihak untuk lebih bertanggungjawab serta memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram