EMPAT peserta Gadis Campbell merakamkan rasa teruja kerana diberi kesempatan untuk menghadiri dan memeriahkan Majlis Silaturahmi Aidilfitri UtusanTV, semalam.

Kesemua peserta Gadis Campbell, Farah Meily Shahrin See, Nur Diana Sri Tunteja Mohd Johari, Nur Syazwaniz Abdullah dan Umi Umairah Ahmad gembira dapat berkumpul dalam keluarga besar UtusanTV.

“Perasaan saya hari ini sangat gembira dan teruja kerana sudah sekian lama tidak dapat berjumpa kenalan hampir dua tahun.

“Majlis hari ini membolehkan kami berkumpul bersama dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim,” kata Nur Diana Sri Tunteja kepada UtusanTV.

Sementara itu, menurut Nur Syazwaniz pula, dia berharap majlis sambutan diadakan pada tahun akan datang.

“Majlis sambutan Aidilfitri bersama UtusanTV ini sememangnya dapat terus mengekalkan hubungan baik antara sahabat handai. Malah, majlis ini juga dijalankan dengan meriah dan harmoni,” ujarnya.

Peserta Gadis Campbell, Nur Diana Sri Tunteja Mohd Johari (dari kiri), Farah Meily Shahrin See, Nur Syazwaniz Abdullah dan Umi Umairah Ahmad GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel berkaitan : Majlis Silaturahmi Aidilfitri UtusanTV meriah, kumpul bekas kakitangan Utusan Melayu

Malah, Farah Meily juga meluahkan rasa syukur kerana dapat turut serta hadir di dalam majlis ini.

“Saya gembira sangat sebab akhirnya dapat pergi ke majlis sambutan Aidilfitri dan jumpa kawan- kawan lama,” kongsinya.

Majlis sambutan Aidilfitri yang bertempat di Pejabat UtusanTV ini bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara bekas pekerja Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd yang menghentikan perkhidmatan pada tahun 2019. 

Seramai 300 tetamu dijemput berkesempatan meluangkan masa bertanya khabar dan menikmati juadah yang disediakan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram