Pegawai Kesihatan memberikan suntikan Vaksin kepada sebahagian kanak-kanak pada Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) 5 Hingga 12 Tahun di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid

SERAMAI 1,176,530 atau 33.1 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,727,791 atau 48.6 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,914,167 atau 93.7 peratus telah lengkap divaksin, manakala 3,010,754 atau 96.8 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Baca artikel berkaitan: 1,171,888 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19

Dalam pada itu, sejumlah 16,098,582 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,974,695 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,251,418 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 13,302 dos harian diberikan semalam meliputi 7,404 dos pertama, 3,810 dos kedua dan 2,088 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,939,755.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan tujuh kematian akibat COVID-19 semalam dengan dua kes di Kedah dan Selangor serta masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Johor dan Terengganu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram