Gambar hiasan.

SEORANG pengurus insurans rugi sebanyak RM688,500.30 selepas ditipu pelaburan mata wang digital sejak pertengahan Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Asisten Komisioner Amran Md Jusin berkata, mangsa terpedaya dengan tawaran pulangan lumayan dalam tempoh masa singkat di aplikasi Coinbase sebelum bertindak membuat laporan polis kelmarin.

Katanya, mangsa telah tertipu selepas berkenalan dengan seorang individu yang dikenali di laman Instagram dan WhatsApp.

“Mangsa telah memasukkan sejumlah wang ke 10 akaun berbeza dengan melalui 19 transaksi dari 20 hingga 31 Mei lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Dua maut dalam kemalangan berasingan

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari diri ditipu selepas tidak menerima sebarang keuntungan dan suspek gagal dihubungi.

Katanya, polis kini giat menjalankan siasatan ke atas aplikasi Coinbase dan akaun bank yang digunakan dalam penipuan terbabit.

“Siasatan awal mendapati enam daripada 10 akaun yang digunakan suspek mempunyai rekod dalam kes jenayah komersial,” ujarnya.

Sehubungan itu, Amran menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah mempercayai sebarang tawaran yang menjanjikan pulang lumayan dalam tempoh singkat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram