Datuk Wira Dr Azizan Osman berswafoto bersama Menteri Ekonomi Kreatif dan Pelancongan Indonesia, Sandiaga Uno ketika mengadakan perbincangan untuk berkongsi kepakaran membimbing lebih 30 juta Wirausahawan di Indonesia.

RICHWORKS International Sdn. Bhd. (RichWorks) mengorak langkah ke depan untuk memeterai kerjasama dengan Kementerian Ekonomi Kreatif dan Pelancongan Indonesia.

Kerjasama yang dijalinkan itu akan membuatkan RichWorks menyumbangkan kepakaran untuk membimbing lebih 30 juta WiraUsahawan di negara tersebut.

Pengasas dan Mentor Usahawan RichWorks, Datuk Dr. Azizan Osman berkata, perbincangan bersama Menteri Ekonomi Kreatif dan Pelancongan Indonesia, Sandiaga Uno di Jakarta, pagi tadi dilihat berjalan lancar.

“Alhamdulillah, pertemuan yang cukup bermakna meskipun waktu padat disebabkan esok program RichWorks sudah pun bermula yang bakal dihadiri sekitar 10,000 bangsa usahawan di Setia City Convention Centre (SCCC).

“Mudah-mudahan usaha kami ini, dapat berhasil untuk membantu mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf ekonomi masyarakat keseluruhannya di Indonesia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sesi pendaftaran Program 10x Bina Bisnes Berjaya: Bangkit Bisnes Dari Krisis yang ditaja sepenuhnya RichWorks akan bermula esok manakala program tersebut berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini.

Baca artikel berkaitan: Usahawan bimbingan Richworks jana jualan RM3.7B pada 2021

Turut hadir Pengarah Eksekutif RichWorks, Hasnita Ahmad; Ketua Pegawai Perniagaan, Radz Mohd; Timbalan Pengerusi Ekonomi Digital dan Produk-Produk-Produk Kreatif Indonesia, Muhammad Neil El Himam dan Penolong Timbalan Pengurusan Strategi Kementerian Pelancongan, Dr. Frans Teguh.

Mengulas lanjut, Azizan memaklumkan, syarikat itu telah melatih dan membimbing kira-kira 1.5 juta usahawan sejak 2008 yang melahirkan banyak testimoni kejayaan dan transformasi perniagaan.

“Anak didik kami bukan saja dalam negara, malah ada dari negara jiran iaitu Indonesia, Singapura dan Brunei.

“Bahkan pada tahun lalu sahaja, dalam program mentoring kami menghasilkan jualan keseluruhan sebanyak RM3.7 bilion meskipun semasa pandemik,” jelasnya.

Dalam pada itu, Radz memberitahu, langkah itu merupakan salah satu perancangan RichWorks dalam memperluaskan khidmat kepada lebih ramai bangsa usahawan bukan saja di dalam negara.

“Aspirasi dan perjuangan RichWorks selari dengan Azizan untuk membantu dan melihat kebangkitan usahawan terutama beragama Islam lebih berdaya saing, maju dan lestari di seluruh dunia khususnya di rantau Asia dengan keadaan yang penuh mencabar ini,” jelasnya.

Sementara itu, Azizan dalam hantaran di Instagram merakamkan penghargaan kepada Sandiaga yang meluangkan masa berbincang mengenai kerjasama dua negara untuk membina lebih ramai WiraUsahawan.

“Semoga kolaborasi ini berhasil dan bermanfaat untuk membantu mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf ekonomi masyarakat seluruhnya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram