Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang./Gambar FB Abdul Hadi

KERAJAAN perlu mengambil kira semua aspek dan membuat pertimbangan sewajarnya jika ingin melaksanakan semula sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sebarang keputusan yang diambil kelak perlu mengambil kira kebajikan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

“Jangan kenakan cukai terhadap barangan asasi…rakyat sudah terhimpit dengan pelbagai kenaikan kos hidup yang berlaku sekarang.

“Pertimbangkan ia dengan cara yang saksama iaitu kesannya terhadap bebanan rakyat dan tanggungjawab (yang perlu dilakukan) kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila, Marang, hari ini.

Baca artikel berkatian: Imej Pas tidak terjejas dengan ‘PASLeaks’ – Abdul Hadi

Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam wawancara khas bersama kumpulan media, Nikkei Asia di Tokyo berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengembalikan GST.

Ia sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat selain GST dilihat mampu mengembangkan pendapatan asas negara.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram