PELAKON dan penyanyi Izzue Islam berkongsi sebuah foto bersama isterinya, Awin Nurin,39, sempena ulang tahun perkahwinan kesembilan mereka beserta ulang tahun kelahiran pelakon itu.

Bekas ahli kumpulan Forteen itu juga turut menulis kapsyen yang menyentuh hati peminat, menyatakan jika mereka dikurniakan zuriat pasti anak mereka sudah masuk darjah 3. 

Dalam kapsyen itu juga, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 32, turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan dia dan isterinya.

“Harini usia meningkat lagi dan 9 tahun berkahwin.

“Kalau ada anak dah masuk darjah 3 dah hehe.

“Terima kasih (thank you) kepada semua yang mendoakan Izzue dan Awin,” tulisnya.

Rata-rata peminat serta rakan selebriti juga turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada pasangan merpati dua sejoli itu serta mendoakan agar mereka dikurniakan zuriat suatu hari nanti.

“Selamat ulang tahun (Happy Anniversary) boh. Insyaallah tak lama lagi tu nak ada anak,” komen Fizo Omar.

“Selamat ulang tahun kepada kamu berdua (Happy Anniversary to the both of you),” tulis Alif Satar.

“Selamat Hari Jadi (Happy Birthday) boh. Semoga Allah kurniakan zuriat kepada korang, Insyaallah. Jom aminkan ramai-ramai,” komen Ryzal Ibrahim.

Untuk rekod, Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013 selepas berkenalan lebih lima tahun.