Datuk Dr Noor Azmi Ghazali./ Gambar FB KKM

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memberi jaminan bekalan ubat-ubatan dalam negara secara amnya masih berada dalam keadaan terkawal.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali turut menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan pembelian panik berhubung isu tersebut.

Menurut beliau, masalah kekurangan ubat-ubatan itu tidak serius dan hanya melibatkan jenama tertentu.

“Kita perlu faham keberkesanan ubat-ubatan untuk merawat sesuatu penyakit adalah sama tanpa mengira jenama ataupun syarikat pengeluar. 

“Contohnya, untuk penyakit darah tinggi ada banyak jenama. Ada yang dipatenkan, ada yang generik dan semua itu berkesan.

“Jika ubat jenama A tiada, boleh ganti dengan ubat jenama B,” katanya memetik laporan Bernama.

Baca artikel berkaitan: Permintaan meningkat, pengilang ubat tingkatkan pengeluaran

Noor Azmi menambah, KKM sentiasa memantau situasi bekalan ubat-ubatan dalam negara ketika ini.

Tegas beliau, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ada pihak cuba mengambil kesempatan memanipulasi harga ubat-ubatan di pasaran.

Terdahulu, menurut laporan media, berlaku kekurangan bekalan ubat-ubatan dan bahan mentah bagi produk farmaseutikal.

Antaranya melibatkan ubat-ubatan untuk rawatan demam, selsema dan batuk, sakit tekak, antibiotik, ubat tahan sakit serta ubat-ubatan bagi mengurangkan gejala penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram