ANAK perempuan pelawak dan pelakon Shuib dan Allahyarham Siti Sarah menangis teresak-esak setelah pulang dari sekolah kerana terkesan dengan ejekan yang dilemparkan oleh rakan sekolahnya.

Menurut perkongsian yang dibuat oleh akaun Instagram Suciwais itu kelihatan isteri kepada Raissuddin Hamzah sedang menenangkan anak perempuan Shuib, Dzahira Talita Zahra atau lebih mesra dipanggil Dekta yang sedang mengadu tentang perbuatan rakannya itu.

“Dia kata padan muka ibu dah meninggal,” ujar Dekta sambil menangis teresak-esak.

Perkara sebegini sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam terhadap anak-anak Shuib walhal mereka yang dewasa turut akan terkesan dengan kata-kata sedemikian.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang geram dengan tindakan rakan sekolah Dekta dan mereka juga faham apa yang dilalui oleh anak kecil itu setelah pemergian ibunya yang tercinta akibat Covid-19.

Netizen turut menulis bahawa perkara ini seharusnya dibendung dan tidak dinormalisasikan oleh kanak-kanak zaman sekarang, ibu bapa dan guru harus menasihati mereka sekiranya berkata demikian.

“Kesiannya. Kena mintak tolong cikgu nasihat murid-murid semua supaya menghormati rakan-rakan. Jangan suka mengejek apatah lagi ingin berkata perkara negative berkenaan ibu atau bapa yang sudah meninggal. Biadap tu.

“Melampau budak-buak ini. Paling geram kalau orang sentuh berkaitan ibu bapa. Meninggal pula tu. Hati budak itu belum sembuh lagi.

“Boleh je adukan kepada guru. Budak-budak sekarang kena tegur dan nasihat daripada kecil lagi. Budak sekarng tidak sama dengan budak zaman-zaman kita dahulu.

“Sabar sayang Dekta gadis pandai (Smart girl) awak kuat abaikan dan laporkan kepada guru disiplin atau guru besar (just ignore and report to discipline master or principle),” tulis pengikut akaun suciwais dia ruangan komen kongsian tersebut.

Untuk rekod, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada Ogos tahun lalu dan meninggalkan suaminya, Shuib bersama empat cahaya mata hasil perkahwinan mereka.