Sebahagian daripada kanak-kanak menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 pada Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) 5 Hingga 12 Tahun di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid

SERAMAI 1,191,976 atau 33.6 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,732,523 atau 48.8 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,915,979 atau 93.7 peratus lengkap divaksin, manakala 3,011,714 atau 96.8 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Baca artikel berkaitan: 33.2 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin

Dalam pada itu, 16,103,423 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini menerima suntikan dos penggalak, manakala 22,976,190 atau 97.7 peratus lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,252,505 atau 98.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 9,849 dos harian diberikan semalam meliputi 2,020 dos pertama, 6,655 dos kedua dan 1,174 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,970,006.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan satu kematian di Sarawak akibat COVID-19 semalam.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram