Datuk Seri Ismail Sabri beramah mesra dengan bakal jemaah haji yang akan berlepas ke Baitullahhillharam hari ini. GAMBAR: Bernama

KUMPULAN pertama jemaah haji yang terdiri daripada 298 orang berlepas ke Tanah Suci hari ini, menjadi kumpulan haji pertama Malaysia bagi musim 1443H/2022.

Kumpulan jemaah haji itu akan berlepas ke Tanah Suci menerusi penerbangan Saudia Airlines SV 5635 pada pukul 1.35 petang hari ini, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kesemua jemaah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz, Madinah pada jam 4.55 petang waktu Arab Saudi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir di KLIA bagi menyantuni dan mengucapkan selamat jalan kepada para jemaah haji yang bakal berlepas itu.

Turut hadir menyantuni jemaah berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan.

Baca artikel berkaitan: Haji: Jemaah boleh buat ujian RT-PCR secara percuma di fasiliti KKM

Pada tahun ini, sebanyak 48 penerbangan Malaysia Airlines dan Saudi Airlines yang akan membawa jemaah haji negara seramai 14,306 orang ke Tanah Suci.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram