kulit kayu manis

Kulit kayu manis merupakan salah satu bahan penting dalam masakan. Namun begitu, terdapat pelbagai khasiat untuk tujuan kesihatan yang boleh diperolehi daripada kulit kayu manis.

Kulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali sebagai nama cinnamon zeylanicum dan berasal dari keluarga lauracea.

Kulit kayu manis mengandungi pelbagai bahan lain yang mempunyai pelbagai khasiat walaupun kita mengetahui ia hanya berasal daripada kulit pokok.

Kulit kayu manis bersifat pedas, sedikit manis, hangat dan wangi. Selain itu kulit kayu manis mempunyai minyak atsiri, safrole, cinnamaldehyde, tanin, garam kalsium dan damar.

Kulit kayu manis dikatakan dapat mengawal kadar gula dalam darah kerana kulit kayu manis bersifat ala-insulin yang boleh mengurangkan paras glukosa dalam darah.
Cara pengambilan yang disyorkan adalah setengah sudu teh serbuk kayu manis digunakan dalam pemakanan seharian.

Bukan itu sahaja, pada mereka yang ingin mengelakkan penyakit kencing manis dan mengawal kadar gula dalam darah boleh merendamkan kulit kayu manis ke dalam minuman teh atau kopi.

Untuk pengetahuan, kulit kayu manis juga boleh digunakan sebagai pengawet semulajadi. Selain itu kulit kayu manis juga boleh mengubati selesema dan melancarkan pengaliran darah. Ini kerana kulit kayu manis berfungsi sebagai pemanas dan pengering.

Bagi kaum wanita pula, kulit kayu manis mungkin boleh membantu mereka dalam menghadapi masalah sengugut. Dengan meminum air rebusan kulit kayu manis dan halia, ia memberi kelegaan terhadap kesakitan yang ditanggung.

Jika muka atau mana-mana bahagian tubuh badan mempunyai parut, kulit kayu manis dapat membantu mengurangkan kesan parut tersebut. Tumbuk lumat kulit kayu manis dan campurkan dengan air.

Sebagai tambahan, bancuhkan pula dengan bedak sejuk. Sapu pada tempat yang berparut itu. Jika diamalkan setiap hari dan kerap, lama-kelamaan kesan parut itu akan berkurangan dan hilang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram