Tiga orang suspek yang kini dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes pergaduhan dii sebuah restoran dekat Pandamaran, Klang pada bulan lalu.

POLIS Klang Selatan dalam usaha mengesan tiga lelaki yang kini merupakan Orang Dikehendaki atau Wanted, selepas terlibat dalam satu kes pergaduhan di sebuah restoran pada 24 Mei lalu.

Ketiga-tiga suspek disyaki terlibat memukul seorang remaja berusia 15 tahun sehingga mengalami pendarahan di otak, lebam pada bahagian muka dan kecederaan luka di tangan serta kaki menggunakan besi besbol.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, ketiga-tiga suspek masing-masing berusia 17, 21 dan 22 tahun.

“Suspek pertama dikenali sebagai Ho Zhen Yang berusia 22 tahun, suspek kedua, Sebastian Low Jhun Yung, 21 dan Chan Jia Jing berumur 17 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Lapan ditahan bergaduh berebut kekasih

Hoong Fong berkata, pihaknya sebelum ini telah membuat beberapa siri tangkapan dan berjaya menangkap sembilan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes itu.

Ujarnya kesemua suspek berusia 14 tahun hingga 21 tahun diberkas sekitar Kawasan Kapar dan Klang.

“Kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya yang mengeluarkan arahan untuk menuduh enam suspek dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan manakala seorang suspek dijadikan saksi pendakwaan dan dua suspek dibebaskan tanpa syarat,” katanya.

Katanya, kesemua telah dituduh di Mahkamah Klang pada Rabu lalu dan mengaku tidak bersalah dan telah ditawarkan jaminan.

UtusanTV sebelum ini melaporkan kes pergaduhan melibatkan sekumpulan remaja gara-gara merebut seorang kekasih.

Rakaman pergaduhan di sebuah restoran di Taman Ehsan Jaya, Pandamaran berdurasi kira-kira satu minit itu tular di media sosial.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek ini diminta untuk menyalurkannya terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33719999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram