1 RAMD mewakili ATM telah dijemput menyertai perbarisan sempena sambutan Ulang Tahun Ke-70 Pemerintahan Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, semalam.

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mencipta rasa bangga seluruh Keluarga Malaysia selepas diberi penghormatan dijemput dalam perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-70 pemerintahan Ratu Britain, Ratu Elizabeth II di London, United Kingdom (UK).

Berita gembira itu dikongsikan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut Hishammuddin, detik bersejarah itu telah disertai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1RAMD), Tentera Darat Malaysia.

Hishammuddin yang turut berkongsi video perbarisan itu berkata, ATM dijemput kerana prestij dan penghormatan.

“Ya, yang putih, seragam dan sederap itu perajurit ATM kebanggaan kita!

“Dari Batalion 1 RAMD. Terbang jauh ke UK demi kibarkan Jalur Gemilang.

Baca artikel berkaitan: Agong zahir tahniah kepada Ratu Elizabeth II

“Kerana prestij dan penghormatan, ATM dijemput sertai Sambutan Ulang Tahun Ke-70 sempena pemerintahan Ratu Elizabeth II selaku Pemerintah Tertinggi UK,” katanya dalam hantaran tersebut.

Sementara itu, 1 RAMD dalam hantaran di Facebook pada 28 Mei memaklumkan telah dijemput bagi menyertai sambutan itu di Istana Buckingham, London.

1 RAMD memaklumkan, kontinjen itu merangkumi seorang pegawai serta 10 anggota lain-lain pangkat (LLP).

“Kontinjen itu diketuai Kapten Muhammad Fikri Senan yang mewakili ATM bagi menyertai perbarisan tersebut.

“Pelaksanaan aktiviti sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu ‘Pengukuhan Hubungan Pertahanan’ yang menekankan aspek pengukuhan kerjasama dengan pertahanan negara serantau Asia Tenggara dan antarabangsa,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram