Tangkap layar Hasan ditarik Orang Utan bernama Tina.

SEORANG pemuda melalui detik cemas selepas ditarik seekor orang utan ketika berada di depan kadang haiwan itu semasa bersiar-siar di Zoo Kasang Kulim, Pekanbaru, Riau semalam.

Memetik laporan akurat,co, pemuda bernama Hasanal Arifin secara tiba-tiba ditarik orang utan yang diberi nama Tina, sebelum dia bertindak meminta tolong selepas panik dengan kejadian yang berlaku.

Video Hasanal itu telah tular di Indonesia ketika merekod dirinya bersama haiwan yang berada di dalam kandang.

Baca artikel berkaitan: Kecoh lelaki kahwin kambing betina di Jawa Timur

@utusantvofficial

Dia nak buat kandungan media sosial, masuk tempat yang no entry. Kejadian di Zoo Kasang Kulim, Pekanbaru, Riau | 6 JUN 2022. #fyp #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Menurut penjaga zoo tersebut, Hasanal bertindak memasuki kawasan yang tidak dibenarkan kepada pelawat yang hanya dibenarkan untuk pekerja zoo sahaja.

Dia yang ketakutan tidak henti-henti meminta tolong selepas haiwan tersebut enggan melepaskannya.

Malah salah seorang rakan Hasanal turut membantu, sebelum berjaya melepaskan diri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram