RON97 naik lima sen
Gambar hiasan

HARGA runcit petrol RON97 meningkat dua sen kepada RM4.72 seliter bagi temph 9 hingga 15 Jun ini, maklum Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, harga petrol RON95 dan diesel yang diberi subsidi besar oleh kerajaan kekal tidak berubah bagi tempoh tersebut.

Jelas kementerian, harga RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter walaupun harga pasaran kedua-dua bahan api itu telah meningkat melepasi harga siling semasa.

Kementerian itu berkata, harga baharu itu berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menurut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.