Lori yang membawa muatan baranan runcit hilang kawalan selepas tayar belakang pecah, sebelum merempuh tujuh kenderaan lain. GAMBAR: Media sosial

SEBUAH lori yang membawa muatan barangan runcit hilang kawalan sebelum merempuh enam kereta dan sebuah motosikal dalam kejadian di KM81.5 Jalan Ipoh-Butterworth pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, tayar belakang lori tersebut pecah selain mengalami masalah brek menyebabkan kemalangan berlaku.

Jelas beliau, lori yang dipandu lelaki berusia 41 tahun itu merempuh dua kereta jenis Perodua Myvi, sebuah Proton Saga, Proton Wira, Perodua Axia, Toyota Wald dan sebuah motosikal Yamaha Ego.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati pemandu lori dari arah Kamunting hendak ke Kuala Kangsar.

“Ketika sampai di tempat kejadian, tiba-tiba tayar belakang sebelah kiri telah pecah dan pada masa yang sama juga lori itu mengalami masalah brek menyebabkan pemandu hilang kawalan dan merempuh semua kenderaan terlibat,” katanya dalam kenyatan.

Baca artikel berkaitan: Dua lelaki maut dirempuh lori ketika tukar tayar pancit

Mengulas lanjut, Osman berkata, kemalangan itu menyebabkan dua wanita dan dua lelaki termasuk penunggang motosikal berusia antara 26 hingga 56 tahun cedera ringan.

Jelasnya, hasil ujian saringan air kencing yang telah dijalankan mendapati pemandu lori tersebut negatif dadah.

Menurut Osman, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kenderaan terlibat ditahan bagi pemeriksaan Puspakom dan tiada sebarang tangkapan dilakukan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegra