perang armageddon yahudi kristian
Sekadar gambar hiasan

Perkataan Armageddon tidak ada dalam hadis atau al-Quran. Ia satu istilah yang digunakan oleh barat untuk menggambarkan peperangan besar yang berlaku menjelang kiamat.

Menurut Sheikh al- Saharif Hati al-Awni, perkataan Armageddon adalah gabungan daripada dua perkataan Har – Megiddon. Perkataan yang pertama datangnya daripada bahasa Hebrew ‘har’ yang membawa maksud gunung atau bukit.

Manakala perkataan yang kedua, ‘Megiddo’ adalah kubu kota purba Canaanite. Ada yang mengatakan bahawa ia adalah nama sebuah lembah yang terdapat di Palestin, di mana peperangan besar menentang Yahudi akan berlaku di situ.

Perkataan Canaanite itu sendiri membawa maksud kem tentera yang telah menyaksikan banyak peperangan sepanjang sejarah manusia sejak zaman Thutmosis lll (Firaun dinasti ke 18) membawa kepada abad ke 14, Perang Dunia Pertama hingga abad ke 20. Dikatakan kota purba itu merupakan tempat yang paling strategik untuk peperangan.

Banyak peperangan yang telah berlaku di kota purba Megiddo Israel, yang terletak kira-kira 55 batu dari Tel Aviv. Kota itu kini dikenali dalam bahasa Arab, Tall al-Mustalim. Dengan lebih tepat lagi lokasinya terletak 30 kilometer dari timur laut Mediterranean yang menghubungkan Mesir, Syria dan kawasan di sebelah barat. Di kawasan kota purba, ia menyimpan banyak sejarah peradaban manusia. Namun kini, yang tinggal hanya puing kota silam.

Dalam al-Quran mahupun hadis tidak disebutkan langsung tentang kota tersebut. Namun Kristian dan Yahudi percaya peperangan besar akan berlaku di situ. Barat juga telah memanipulasi Armageddon dalam filem sehingga orang Islam menganggapnya sebagai rekaan Hollywood semata-mata.

Namun kenyataannya, itulah tujuan barat yang disokong oleh Yahudi untuk mengaburkan fakta Armageddon yang benar-benar akan berlaku seperti yang disebut dalam hadis Rasulullah s.a.w. Hakikatnya Barat dan Yahudi telah membuat kajian yang mendalam tentang peperangan dahsyat itu serta sentiasa bersedia untuk menghadapinya.

Bagi Pengarah Institut Kajian Hadis, Mohd. Khafidz Soroni, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berpandangan, ia adalah perjalanan peperangan besar yang ditempuh oleh umat Islam dan kafir sebagaimana yang disebut dalam hadis huru-hara kiamat. Baginya, tidak ada istilah Armageddon kecuali huru-hara dan banyaknya pembunuhan. Istilah itu hanya ciptaan Yahudi.

Namun jelasnya istilah itu boleh diterima pakai dan telah pun dibuat kajian oleh Sheikh Amin Muhammad Jamaluddin, tenteng rentetan perang besar yang bermula dari perang salib yang tidak pernah berkesudahan sejak permulaan Islam hingga menjelang kiamat. Orang Islam akan memerangi Yahudi dan Kristian hingga hancur kedua-duanya serta bangsa-bangsa lain di dunia.

Baca artikel berkaitan: siri 2 ini kronologi perang armageddon sehingga berlaku kiamat seperti disebut dalam hadis

Apabila ditanya mengapa peperangan besar puncanya bermula di sana? Mohd Khafidz menjelaskan, ini kerana di Timur Tengah berdirinya negara Israel. Dan negara Israel itu ibarat bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa saja. Hanya menanti waktunya.

Kota kubu purba Canaanite (Megiddo)

Israel adalah pencetus segala peperangan besar. Walaupun negara itu telah membentengi negaranya dengan senjata nuklear dan bom, namun bukan bermakna ia akan terselamat. Dilaporkan juga, senjata nuklear di negara tersebut adalah paling banyak ketika ini. Senjata nuklear yang disangka menjadi penyelamat itulah nanti yang menjadi punca peperangan besar.

Menurut Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Ashraf al-Qodra, sewaktu serangan yang dilancarkan Israel ke atas Gaza, mereka menggunakan sejata yang tidak pernah dibayangkan sejauh itu kekejaman yang sanggup dilakukan. Senjata pemusnah yang digunakan ke atas penduduk Gaza mengakibatkan kebanyakan anggota tubuh badan mangsa terbakar dan hancur sepenuhnya.

Dakwanya, Israel menggunakan senjata yang diharamkan antarabangsa dalam dua peperangan sebelumnya ke atas Gaza. Senjata yang sama sedang digunakan untuk peperangan yang terkini dan akan datang.

___________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare