Datuk Seri Anwar Ibrahim GAMBAR: Abd Razak Aid

KERAJAAN digesa untuk mengambil langkah proaktif dengan tidak lagi membiarkan ‘orang tengah’ terus mendominasi bekalan sektor perikanan.

Pada masa sama, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendesak kerajaan supaya menangani isu ‘orang tengah’ yang berterusan menekan golongan nelayan di negara ini.

Menurut beliau, isu melibatkan ‘orang tengah’ yang mengawal rantaian bekalan sektor perikanan negara amat mendukacitakan.

Anwar berkata, perkara itu memberi kesan mendalam kepada golongan nelayan dan keluarga untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya meneliti laporan akhbar terkait kewujudan orang tengah yang mengawal rantaian bekalan sektor perikanan negara sehingga menjadi punca harga dan bekalan ikan serta produk akuakultur di negara ini tidak stabil.

“Kerajaan menerusi Kementerian terlibat perlu menyatakan pendirian terkait perkara ini sekali gus mencari jalan untuk merungkai permasalahan yang berlaku dan menawarkan jalan penyelesaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Sampai bila petani dan nelayan perlu diberi subsidi, kata menteri

Media semalam melaporkan kewujudan orang tengah yang mengawal rantaian bekalan sektor perikanan menjadi punca harga dan bekalan ikan sentiasa tidak stabil.

Laporan tersebut mengatakan orang tengah itu bukan sahaja berkuasa membeli ikan pada skala besar, mencorak, menentu serta memanipulasi bekalan dan harga di pasaran tetapi juga membangunkan ekosistem perikanan kebal yang tidak mampu ditembusi pesaing baharu.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Abdul Hamid Baharu pula dilaporkan berkata masalah kekurangan hasil laut terutama bekalan ikan dijangka dapat diatasi sebelum penghujung bulan ini apabila cuaca kembali pulih dan nelayan dapat keluar ke laut.

Malah, Nekmat juga menjangkakan nelayan mampu mendaratkan ikan sehingga 600,000 tan berbanding hanya 300,000tan sepanjang tempoh dua bulan kebelakangan ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram