Tiada siapa mampu mengubah fikiran, pendirian dan kehidupan seseorang melainkan empunya badan. Lontarkanlah berapa ribu kata-kata semangat, jutaan wang namun andai seseorang tidak mahu berubah, apa mampu kita buat.

Tidak sukar untuk bahagia, cuba nikmati sekecil-kecil nikmat yang Allah beri. Syukuri setiap saat dan berdamai dengan diri.

Hidup bukanlah perlumbaan, tidak perlu mengejar kejayaan orang lain. Tenangkan diri dan ikut haluan sendiri.

Cuba ikut sembilan tip yang dikongsikan Dr Hanzalah Mizi untuk mencipta bahagia.

“9 tips bahagia cara aku sendiri.

1. Buat kerja yang kita suka. Hidup adalah pilihan, buat keputusan yang buatkan kita tak sabar-sabar bangun pagi setiap hari untuk keluar rumah buat kerja.

2. Bahagiakan orang lain. Cari 10 orang setiap hari yang kita boleh bantu, berikan kata-kata semangat atau hadiah kecil.

3. Bahagia tanpa sebab. Walaupun kita ada 100 sebab untuk bersedih, biarlah kita bangun pagi dengan happy sebab masih ada gigi. Senyum sendiri lihat muka kita di cermin.

4. Syukur. Tulis 10 benda kecil yang kita syukuri setiap hari. Terima kasih pada Allah yang bagi kita hidung, lidah boleh rasa, mata boleh lihat dan bulu mata supaya kita tak silau. Tak mampu nak kira nikmat yang kita dapat sebenarnya.

5. Berdamai dengan diri sendiri. Sayangi diri sendiri dahulu supaya kita dapat beri kasih sayang yang terbaik pada orang lain.

6. Hidup kita bukan perlumbaan. Tenang-tenang buat apa yang kita nak sahaja. Tak perlu ambil kisah apa yang orang lain nak.

7. Tak perlu bagi pendapat pada semua perkara. Sebenarnya pendapat kita tak ada orang ambil kisah sangat pun. So diam-diam buat kerja kita dan fokus pada benda yang dalam kawalan kita sahaja.

8. Yakin rezeki Allah yang bagi. Yang menjaga rezeki bukan usaha kita tapi Dia Ar Razzak. Takda istilah orang ambil rezeki kita. Orang boleh curi duit kita tapi rezeki kita takkan boleh dicuri org lain. Dalam bisnes boleh sailang tapi dalam rezeki takda istilah sailang.

9. Kita tahu semua ni sementara. Kalau kita susah sementara, kalau kita bahagia sementara ja. Kalau kita kaya pun sementara. Kalau kita sihat sementara. Kalau kita tengah sakit pun sementara sahaja. Apapun yg terjadi hanyalah sementara. So tak perlu susah hati, sampai masa semua akan berlalu dan kita akan pergi.

Dr Hanzalah Mizi.”

Sumber : Dr Hanzalah Mizi