FOODPANDA mengambil inisiatif untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan buat rakan penghantaran foodpanda secara percuma dengan kerjasama penyedia perkhidmatan e-preskripsi pertama Malaysia, DOC2US.

Pengarah Operasi Foodpanda, Kalvin Chan berkata, program yang merangkumi seluruh negara itu akan dilancarkan secara berperingkat bermula bulan ini.

Jelasnya, program tersebut akan melibatkan lebih 3,000 rakan penghantaran di Pulau Pinang dan Johor.

“Matlamat kami adalah untuk menggalakkan mereka untuk mengutamakan kesihatan pada masa hadapan. 

“Kami berharap untuk melanjutkan program ini kepada lebih banyak rakan penghantaran pada bulan-bulan akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Haji: TH sedia perkhidmatan kesihatan, doktor pakar di Madinah

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama DOC2US, Dr Raymodn Choy berkata, foodpanda dan DOC2US berkongsi visi yang sejajar dalam mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan rakan penghantaran yang beroperasi di barisan hadapan.

Katanya, kerjasama itu bertujuan untuk menggalakkan tenaga kerja Malaysia mengamalkan pemantauan kesihatan dengan lebih dekat.

“Kami gembira untuk menunjukkan kepada rakan penghantaran bahawa mereka dijaga dari segi penjagaan kesihatan pada setiap masa. 

“Rakan penghantaran telah menjadi bahagian penting dalam sektor makanan dan minuman Malaysia semasa perintah kawalan pergerakan dan wabak Covid-19. 

“Malah pada hari ini, ketika Malaysia sedang beralih ke fasa endemik, wira-wira masyarakat yang tidak didendang ini kekal berkhidmat melalui suka dan duka,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram