MAYAT seorang lelaki tidak berbaju ditemui terapung di dalam sebuah longkang besar berhampiran pasar pagi di Jalan Papan Pandamaran, Klang, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat hanya berseluar panjang pada pukul 7.08 pagi.
Siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang lelaki Melayu berusia 44 tahun berdasarkan kad pengenalan yang dijumpai di dalam poket seluar.
“Mayat ditemui dalam keadaan telah kembang dan berbau busuk.
“Hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan kecederaan berpunca daripada unsur khianat atau perbuatan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Lelaki maut dihempap papan tanda lebuhraya
Tambahnya, polis kini dalam usaha mengesan waris mangsa dan kes di klasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang telah dikerahkan ke lokasi.
“Bomba tiba di lokasi pada pukul 8.30 pagi dan menjalankan kerja mengangkat mayat sebelum menyerahkan kepada pihak polis,” katanya.
Sehubungan itu, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pihak Polis Klang Selatan di talian 03-3371 9999 atau balai polis berhampiran.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram