SELEBRITI versatil Ifa Raziah tidak menafikan dirinya ada menerima gelaran Datuk dari kerajaan negeri Perak pada Januari 2016.

Walau bagaimanapun, Ifa atau Saripah Raziah Mustapha,47, hanya mahu menggunakan gelaran kurniaan itu pada majlis rasmi sahaja.

“Sejujurnya orang dah bercakap tentang perkara ini pada 2016. Tetapi saya sendiri yang cakap tak payah guna gelaran itu kerana saya nak dikenali sebagai Ifa Raziah.

“Gelaran itu atas nama Saripah Raziah Mustapha. Kalau letak gelaran ‘Datuk’ dengan nama panjang macam tu, siapa yang kenal? Tapi memang betul saya dapat gelaran Ahli Setia Diraja.

“Saya selesa dengan nama pentas iaitu Ifa Raziah sejak awal pembabitan dalam dunia seni.

“Tak apalah kita ‘low profile’…tak bawa ke mana pun gelaran pangkat. Bagi saya sama sahaja…lagi susah nak minta tajaan (ketawa),” katanya kepada URTV.

Sementara itu, meskipun Ifa kini sudah mampu tersenyum bahagia melihat kejayaan perniagaan yang dibina, namun dia menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya sudah berstatus jutawan.

“Banyak saja yang bergelar Datuk tetapi tak jutawan (ketawa). Sebab itulah saya tak mahu gunakan gelaran Datuk sebab saya bukan jutawan.

“Gelaran Datuk bukan jalan mudah nak berjaya. Biar orang nampak dan menilai sendiri.

“Sebenarnya saya lagi suka orang panggil saya dengan nama Ifa Raziah atau Miss Diva Pukpukpuk.

“Saya rasa tak perlu pun orang panggil saya Datuk. Panggil ‘mak ayam’ lagi seronok dan mesra. Tapi kalau ada jemputan majlis rasmi saya akan gunakan gelaran Datuk dengan nama penuh,” jelasnya.

Ifa ditemui pada sidang media media Minggu Usahawan Negara 2022, Festival Fesyen & Kecantikan dan Starvendors Kedah Raya Fest 2022 di Malaysia Grand Bazaar @ Lalaport, Bukit Bintang City Centre, semalam.