armageddon disertai nabi isa
Sekadar gambar hiasan

Peperangan besar yang disebut Armageddon melibatkan banyak bangsa di dunia malah tidak ada sesiapa pun yang akan terlepas daripada menempuhinya. Ulama sejarah telah memperincikan kronologi huru-hara itu berdasarkan hadis yang boleh difahami dengan jelas. Menurut Mohd. Khafidz Soroni, pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), peperangan besar telah diperincikan oleh Sheikh Amin Muhammad Jamaluddin yang mengkaji kronologi peperangan menjelang kiamat.

Berdasarkan kronologi tersebut, Imam Mahdi akan muncul apabila berlaku huru-hara di kalangan umat Islam. Beliaulah yang akan menyatukan dan mengumpulkan kembali kekuatan umat Islam di bawah satu pimpinan.

Setelah kekuatan umat Islam dipulihkan, barulah berlakunya peperangan demi peperangan besar menentang bangsa Rom iaitu menentang Amerika Syarikat dan Eropah. Kemudian barulah munculnya Dajal, yang akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s yang turun di Damsyik.

Kehebatan rohaninya menyebabkan Dajal takut lalu lari apabila dikejar oleh Nabi Isa. Apabila Dajal mati barulah orang Yahudi lemah. Sebelum itu orang Yahudi memang kuat kerana ada Dajal.

Dalam sebuah kitab diceritakan, Nabi Isa a.s apabila turun dari langit, Dajal sedang menuju ke Baitulmaqdis. Maka Nabi Isa akan pergi ke arahnya. Apabila Dajal melihat Nabi Isa, maka dia cair seperti cairnya garam yang disirami air. Lalu berkata Nabi Isa,

“Sesungguhnya aku diberikan oleh Allah satu pukulan yang sememangnya akan mengena kepada engkau.”

Lalu Dajal lari kerana ketakutan. Nabi Isa terus mengejarnya dengan tombak kemudian menjumpainya di pintu gerbang kota Ludd lalu membunuhnya. Orang-orang Yahudi cuba melarikan diri dan bersembunyi tetapi semua tempat persembunyian mereka akan berkata-kata dengan izin Allah.

“Hai! hamba Allah di belakang ini ada orang Yahudi, datanglah dan bunuhlah, kecuali pokok gharqad.” Hadis itu diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan sanadnya sahih.

Selepas Yahudi kalah barulah kita perangi bangsa Turk iaitu bangsa yang bermata sepet. Tentera Islam berjaya menewaskan bangsa Turk sebelum munculnya Yakjuj Makjuj. Ketika itu kiamat sudah semakin hampir. Mereka adalah bangsa yang kuat, tidak boleh dikalahkan hinggakan Nabi Isa dan Imam Mahdi terpaksa bergabung untuk mengalahkannya.

Ketika itu keadaan manusia sangat getir hinggakan orang Islam di sebuah kota hanya bertahan dan tidak boleh melawan. Lalu Nabi Isa berdoa kepada Allah supaya dihapuskan kaum itu dan Allah mengutus ulat menyerang Yakjuj Makjuj hingga mati. Setelah bangsa itu mati dan membusuk Allah mengutus seekor burung besar untuk mengangkat dan membersihkan mayat yang bergelimpangan di bumi.

Baca artikel berkaitan: siri 1 akan terjadi perang besar armageddon saat itu bermulanya huru-hara dunia

Menurut Mohd. Khafidz, Yakjuj Makjuj adalah bangsa yang sangat bahaya, tidak ada sesiapa pun berani melawannya. Diceritakan, kalau mereka melalui tasik, maka tasik akan kering. Jika lalu di sesuatu kawasan maka kawasan itu akan musnah.  Tapi bila mereka telah mati disebabkan wabak penyakit barulah dunia kembali aman. Selepas itu barulah terbitnya matahari daripada sebelah barat. Di sinilah berakhirnya batas kehidupan orang Islam.

Sebelum kiamat berlaku, nabi Isa a.s. akan menghancurkan dajal dan berlaku perang besar antara manusia

Sebelum terbitnya matahari di sebelah barat orang beriman semuanya telah mati. Ia berlaku apabila Allah menghantarkan asap dan apabila dihidu oleh orang Mukmin maka mereka pun mati. Yang tinggal hanya orang kafir dan orang yang tidak beriman. Ketika itu sudah tidak diterima taubat. Ada dua keadaan di mana taubat sudah tidak lagi diterima iaitu apabila nyawa sudah sampai di kerongkong dan apabila matahari terbit dari barat.

Ketika semakin hampir sangat dengan hari kiamat, ketika itu tidak ada lagi yang beriman kepada Allah. Sememangnya kiamat itu dibangkitkan dalam keadaan umat manusia tidak ada lagi menyebut Allah. Selagi ada umat manusia yang menyebut Allah, maka kiamat belum lagi akan berlaku.

Jika mengikut ulama, semasa zaman Imam Mahdi, banyak peperangan yang akan berlaku. Ia bermula di jazirah Arab. Kedua, peperangan dengan Farsi atau Iran. Kemudian peperangan dengan Rom iaitu Amerika dan Eropah.

Peperangan besar pada akhir zaman adalah rentetan daripada perang salib antara Islam dan Kristian. Sebenarnya akan berlaku sekali lagi peperangan salib pada akhir zaman dan peperangan itu tidak pernah berakhir. Cuma kini keadaannya berbeza. Bukan berperang secara nyata menggunakan senjata sebaliknya menggunakan perang saraf. Wallahu a’lam

______________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare