PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berbangga dengan pencapaian dilakar jaguh lari menara negara, Soh Wai Ching yang kembali mengungguli kedudukan pertama di dunia.

Sambil mengucapkan tahniah kepada atlet berusia 27 tahun itu, Perdana Menteri turut berharap Wai Ching akan terus mengekalkan momentum kejayaan itu.

Ismail Sabri turut berharap seluruh Keluarga Malaysia menjadikan kejayaan diukir Wai Ching sebagai inspirasi untuk sama-sama membina kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Tahniah Soh Wai Ching kembali ke status No. 1 dunia!

“Jaguh lari menara kebanggaan kita kini mengesahkan statusnya sebagai nombor 1 di dunia selepas mengungguli kategori keseluruhan saingan Tunnel to Towers Climb NYC di New York, Amerika Syarikat, Sabtu lalu.

Baca artikel berkaitan: NIA pastikan pelaburan jana pertumbuhan pantas, holistik – PM

“Keluarga Malaysia amat bangga dengan pencapaian Soh Wai Ching dan berharap akan terus mengekalkan momentum kejayaan ini,” katanya dalam hantaran di Facebok, hari ini.

Atlet berasal dari Selayang itu kembali mengesahkan statusnya sebagai No. 1 dunia selepas berjaya mendaki 2,226 anak tangga dan 104 tingkat bangunan One World Trade Center di New York, Sabtu lalu.

Menariknya, Wai Ching hanya mengambil masa selama 12 minit 46 saat untuk menewaskan pencabarnya di tangga kedua dari Amerika Syarikat, Shari Klarfeld yang mencatatkan 15 minit 53 saat yang muncul juara keseluruhan bagi kategori wanita.

Kejayaan yang dilakarnya itu tentunya membakar semangat untuk mengekalkan larian konsisten untuk menjuarai perlumbaan berikutnya iaitu Fight For Air Climb NYC di Penn 1 Plaza, New York, esok.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram