Sedapnya ikan kembung sumbat ni! Jom ikuti langkah demi langkah penyediaan juadah Saji kongsikan kali ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Tidak mengguna banyak bahan pun. Berbaloi cuba.

BAHAN-BAHAN:
8 ekor ikan kembung
500 gm udang
10 gm serbuk kunyit
5 gm serbuk jintan
4 tangkai cili padi
1 batang serai
1/2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 biji putih telur
6 biji limau nipis
100 ml minyak masak
Garam
Serbuk lada putih

CARA MENYEDIAKAN:
1.Bersihkan ikan dan belah ikan dari atas sehingga ke hujung ekor.
2.Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit, serbuk jintan, garam dan lada putih. Ketepikan.
3.Bersihkan udang dan buang kulitnya. Kemudian kisar udang bersama-sama cili padi, serai, bawang putih, bawang merah dan putih telur sehingga halus.
4.Sumbatkan pes udang ke dalam ikan. Sapukan minyak pada ikan dan bakar selama 15 minit pada suhu 160oC.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram