Jom cuba resipi puding kacang merah ini. Resipi yang sangat sedap, mudah dan pasti anak-anak suka. Berbaloi untuk dicuba dan sesuai dinikmati bila-bila masa.

BAHAN A:
900 ml air
1/2 sudu besar agar-agar serbuk
150 gm gula
250 gm kacang merah – rebus dan kisar

CARA MENYEDIAKAN:
1.Masakkan agar-agar, air dan gula hingga mendidih.
2.Masukkan kacang merah dan biar mendidih seketika.
3.Tuangkan ke dalam acuan separa bulat kecil dan masuk dalam peti sejuk, biar separuh beku.

BAHAN B:
800 ml air
100 ml santan pekat
150 gm gula
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
1 1/2 sudu besar agar-agar serbuk
Sedikit pewarna merah

CARA MENYEDIAKAN:
1.Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih.
2.Masukkan santan pekat, tepung jagung dan pewarna, kacau hingga sebati.
3.Gunakan acuan separuh bulat besar dan bubuh bahan A tadi di tengah acuan besar, seterusnya masukkan bahan B ke dalam acuan besar tadi.
4.Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram