perang akhir zaman
Ketika akhir zaman nanti manusia berperang dengan menggunakan pedang, tombak dan anak panah?

Ada sebuah makalah menyebut kajian yang dilakukan Kristian dan ahli kitab, Armageddon akan berlaku di lembah Mageddo, Israel menggunakan segala kekuatan senjata nuklear.

Ia disebut sebagi perang dunia ketiga menggunakan bom nuklear dalam tempoh masa yang singkat. Dalam kitab Bahrul Mazi dinyatakan, peperangan itu akan menyebabkan kemusnahan yang dahsyat dan akan mengembalikan dunia kepada zaman pertengahan.

Selepas perang dunia ketiga, peperangan berikutnya akan menggunakan kekuatan senjata tradisional, pedang, anak panah dan tombak.

Kenyataan itu cuba dikuatkan dengan pendapat Louis Lord Mountbatten,

“Jika Perang Dunia Ketiga menggunakan senjata nuklear maka Perang Dunia Keempat akan kembali menggunakan busur dan anak panah.”

Manakala Albert Einstein pula mengatakan,

“Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia Ketiga akan berlaku tapi Perang Dunia Keempat akan berlaku menggunakan senjata kayu dan batu.”

Ada juga alasan yang mengatakan bahawa dakwaan Mountbatten dan Einstine benar kerana semua senjata canggih tidak boleh digunakan lagi disebabkan EMP (electronmagnetic pluse).

Namun untuk membuktikan bahawa dakwaan itu benar atau tidak adalah sukar kerana hadis yang bercerita tentang huru-hara kiamat tidak pernah menggambarkan senjata yang digunakan.

Untuk menjelaskan hal itu Mohd. Khafidz Soroni, Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berpendapat, tidak ada disebut di dalam hadis tentang senjata yang digunakan dalam peperangan menjelang kiamat. Hanya ada satu saja hadis huru-hara kiamat yang menyebut tentang senjata.

Artikel berkaitan: siri 1 akan terjadi perang besar armageddon saat itu bermulanya huru-hara dunia

Rasulullah s.a.w  bersabda,

“Nabi Isa apabila turun dari langit, Dajal sedang menuju ke Baitulmaqdis. Maka nabi Isa akan pergi ke arahnya. Apabila Dajal melihat nabi Isa, maka dia cair seperti cairnya garam yang disirami air. Maka berkata nabi Isa,

“Sesungguhnya aku diberikan oleh Allah satu pukulan yang sememangnya akan mengena kepada engkau.”

Lalu Dajal lari kerana ketakutan. nabi Isa terus mengejarnya dengan tombak kemudian menjumpainya di pintu gerbang kota Ludd lalu membunuhnya.” (HR Imam Ahmad).

Tambahnya, senjata yang digunakan nabi Isa memang tombak untuk membunuh dajal agak tradisional. Untuk mengatakan tidak wujud senjata lain tidak boleh juga kerana tidak disebutkan tentang hal itu di dalam hadis. Tapi daripada hadis itu boleh dijelaskan bahawa senjata istimewa nabi Isa adalah tombak.

Artikel berkaitan: siri 2 ini kronologi perang armageddon sehingga berlaku kiamat seperti disebut dalam hadis

Hadis itu juga untuk menggambarkan kekuasaan Allah, Dajal memang sudah dijadikan dengan sifat yang semula jadi kebal dan tidak mampan dengan mana-mana senjata sekali pun. 

Walaupun ketika itu mungkin ada senjata yang paling canggih seperti nuklear, laser atau sebagainya, namun ia hanya boleh dibunuh dengan tombak yang dibawa oleh nabi Isa yang turun dari langit. Senjata yang Allah bekalkan dari langit saja yang boleh digunakan untuk membunuh Dajal.

Namun hadis itu tidak bermakna senjata yang digunakan semasa perang menjelang kiamat adalah senjata tradisional. Tidak ada hadis atau ayat al-Quran yang menyebut tentang hal senjata yang digunakan semasa perang menjelang kiamat.

Mungkin juga ada benarnya peperangan ketika itu menggunakan senjata tradisional kerana ada banyak kemungkinan berlaku pada akhir zaman nanti. Kemungkinan juga ketika itu orang Islam menggunakan semula senjata perang seperti zaman Rasulullah s.a.w. kerana senjata itu tidak memerlukan peluru. 

Dengan perkataan lain peluru mungkin boleh habis, belerang sampai masanya juga akan habis begitu juga besi. Tapi kalau senjata seperti pedang atau tombak, ia bersifat lebih tahan lama dan tidak perlu diganti seperti peluru.

Lagi satu kemungkinan kerana keadaan ketika itu orang terlalu sibuk untuk menyiapkan diri dengan peperangan demi peperangan hingga tidak ada kesempatan untuk membuat peluru.

Namun untuk memastikan bahawa hanya senjata tradisional digunakan dalam Armageddon tidak ada siapa yang mampu mengetahuinya kerana tidak ada sokongan hadis dan al-Quran. Wallahu a’lam

_______________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare