USAHAWAN terkenal Datuk Seri Aliff Syukri membuat perkongsian video di Instagram miliknya membantu seorang lelaki gelandangan yang sedang mengutip cebisan plastik di tepi jalan raya, semalam.

Video tersebut tular di media sosial dan netizen mula meninggalkan komen, mendakwa tindakannya itu hanyalah sekadar lakonan semata-mata.

“Pandai dia (orang gelandangan) berlakon, baguslah Datuk… semoga dimurahkan rezeki,” perli salah seorang netizen.

Komen pengguna laman sosial yang mendakwa tindakan Aliff dan lelaki gelandangan itu hanya lakonan

Walau bagaimanapun, Aliff membalas komen yang diterimanya itu dan menafikan dakwaan netizen tersebut.

Aliff juga menulis pada balasan komen itu bahawa dia hanya ingin membantu lelaki gelandangan tersebut dengan ikhlas.

“Saya saja nak bantu dia dengan ikhlas.

“Tapi kenapa awak kata saya berlakon? Kalau saya tak tolong, awak kata saya kedekut.

“Awak nak apa sebenarnya,” balasnya.

Selain mendakwa dirinya berlakon, rata-rata netizen juga memuji sikap keprihatinan Aliff yang membantu orang dalam kesusahan itu.

“Tuhan rahmati kamu, Datuk Aliff,” komen salah seorang netizen.

“Murah rezeki datuk..,” tulis @afizafiey pada ruangan komen.

“Tahniah datuk. Teruskan berkongsi rezeki,” tulis salah seorang netizen.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian Aliff itu meraih lebih 330 ribu tontonan di Instagram, beserta lebih 19 ribu jumlah tanda suka dan 1,110 komen.